Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 26 Disember 2017

Cuti habis dah ke?

Assalamualaikum...(^ ^)


30/12/2017 ni Aiyra akan genap berumur 3 bulan, maka dengan rasminya tamatlah cuti bersalin Mas. Alaaaaa dah kena masuk kerjalah kan? Ehhh belum lagi, Mas ada 2 bulan cuti tanpa gaji pulak. Bolehlah peluk² dan gomol² Aiyra 24 jam. 

Pastu cadangnya nak tambah lagi sebulan cuti tanpa gaji sebab taska Aiyra belum tahu lagi ada kosong ke tak. Hari tu kakak taska tu kata kemungkinan bulan Mac atau bulan April akan ada kosong, Mas kena pastikan semula dengan dia. Kalau bulan April baru kosong makanya Mas kenalah sambung sebulan lagi cuti, sebab CTG Mas yang 2 bulan tu berakhir 4/3/2018. Kenalah mohon pulak lagi sebulan untuk Mac tu, 2/4/2018 baru mula kerja. 


Tapi kalau bulan Mac taska dah ada kosong Mas cadang nak sambung jugak cuti, rasanya biarlah Aiyra dah 6 bulan baru hantar taska. Dia dah besar sikit masa tu dan dah mula makan, mudahlah pihak taska nak jaga. Husband pun tak kisah kalau Mas nak sambung cuti, pasal duit untuk bayar potongan gaji dan perbelanjaan bulanan tu dia akan usahakan. Insya Allah ada rezeki kami!

Fuhhh 3 bulan lagilah cuti, apa nak buat ye? Apa lagi, uruskan anak² sekolahlah sebab tak lama lagi sekolah nak buka dah. Mamalah nanti hari² hantar dan jemput anak² sepanjang bercuti tu. Bila dah mula kerja nanti, babah ambil alih semula tugas tu. Pastu cadang bulan Februari nak bawa anak² bercuti, sementara masih cuti panjang kan? Moga dipermudahkan semua urusan!

5 ulasan:

  1. cepat je masa sekarang..tambah2 lagi kalau cuti bersalin
    rasa macam baru je cuti
    _www.mrsliez.com_

    BalasPadam
  2. Bestnya masih ada cuti panjang. Tak pa lah kan cuti tanpa gaji pun, janji anak sihat membesar depan mata baru hantar ke Taska

    BalasPadam
  3. seronok cuti lama2, kalau nak masuk kerja balik memang lemau jadinya kan kak mas

    BalasPadam
  4. macam baru je semalam kak mas bersalin haha cepatnya baby dah 3 bulan

    BalasPadam
  5. waaa..dah habis berpantang...tapi lemau pulak nak masuk kerja kan..hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com