Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 4 Disember 2017

Gegar Vaganza 4 : Minggu Suku Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)


Alaaaaa abam Aqasha dah tersingkir, takde dah penyeri kat GV4. Ni yang takde mood nak tengok dah, hahahaa! Apa pun tahniah pada Aqasha berjaya ke peringkat suku akhir, walaupun ada segelintir cakap dia patut dah keluar awal. Tapi semalam memang dia kurang berjaya sampaikan lagu MLTR tu dengan baik, juri pun tak berpuashati.

Mengenai persembahan semalam Aishah tetap terbaik bagi Mas, suara dia memang sedap walau nyanyi lagu apa sekali pun. Mulanya Mas pun ingat dia tak boleh bawak lagu Tergantung Sepi tu, tapi jangkaan Mas meleset. Sedap sangat dia nyanyi dan vokal power betul. Macam dah tau je siapa calon juara kan? Liza Hanim pun tak kurang hebatnya semalam nyanyikan lagu Warkah Untukku, sedap jugak. Dia pun calon juara jugak tu!


Peserta lain pulak biasa² je, kena terus kekalkan momentum di konsert separuh akhir nanti jika nak ke konsert akhir. Tugasan lagu pun dah makin mencabar minggu depan, mereka kena nyanyikan 2 buah lagu. Satu lagu bertemakan Goyang Kaki Goyang Tangan iaitu lagu bergenre rancak, satu lagu lagi bertemakan Runut Bunyi iaitu OST dari filem. Haaa jadi 7 orang peserta ni kena berentap dan buat yang terbaik di konsert separuh akhir nanti. Selangkah lagi nak ke final!

Inilah 2 lagu tugasan untuk mereka nyanyikan.

Aishah | River Deep Mountain High (Tina Turner) & Keranamu Kekasih (Ila Sabri)
Liza Hanim | Kesal (Ella) & Jagalah Diri (Jaclyn Victor)
Syura | Dokter Cinta (Dewi Dewi) & Cinta Antara Benua (Arni Nazira)
Firman | I Feel Good (James Brown) & Menanti Sebuah Jawaban (Padi)
Hazami | Getaran (Famiza) & Hello (Lionel Richie)
Lan Kristal | Kalis Rindu (Elyana) & Ukiran Jiwa (Awie)
Tia Jinbara | Hukum Karma (Wings) & Isabella (Search)

3 ulasan:

  1. jmput join n meriahkan segmen GA kt sni

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    BalasPadam
  2. owhh Aqasha terkeluar ke.. xsempat nengok lagi huhuhu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com