Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 31 Disember 2017

LAMPU Putrajaya agak membosankan!

Assalamualaikum...(^ ^)


Anak² nak pergi tengok dan berhibur sebelum sekolah buka, jadi mama pun turuti jelah. Tahun lepas pernah jugak pergi tapi tak tulis pun dalam blog, sebab apa tak tulis rasanya lupa kot? Hahahaa!

Apa yang Mas tengok tiada perbezaan sangat pun antara tahun lepas dan tahun ni, agak membosankan. Pertunjukan lampu berirama tu ulang yang sama je banyak² kali dari mula Mas datang sampailah balik. Mas lepak situ 1½ jam je, sampai pukul 9 tapi pukul 10.30 dah balik. Jadilah kan janji dah tunaikan permintaan anak².



Bab hiasan lampu bunga² tu baru tahun ni Mas jalan² sampai ke tempat tu, tahun lepas tak pergi pun. Sebelum pergi tu memang jangkaan tinggi, mesti cantik² dan menarik lampu²nya. Tapi bila sampai indah kabar dari rupa, ini jelah gambar yang Mas ambil. Agak mengecewakan jugak, macam lampu kelip² waktu raya pulak. 

Tarikan lain pulak ada beca berhiaskan lampu, boleh naik pusing² kat dalam kawasan pesta tu. Harga Mas tak pasti sangat sebab tak naik pun, mesti mahal jugak. Pastu peniaga² hiasan lampu tu yang untung sebab tengok ramai jugak yang ada nak kecil beli. Harga dengar kata boleh tahan, nasiblah si Airis tak minta mama belikan. Kalau tak pokai, hahahaa!



Parking pulak macam biasalah memang sesak dan penuh, kena pandailah cari. Macam kami memang park jauh sikit sebab nak elakkan sesak bila balik nanti, takpelah jalan jauh sikit. Bab jualan makanan dan minuman pulak memang pesta makanan, macam² ada. Tapi harga agak cekik poket jugaklah terutama air, 1 cup plastik tu RM4 kau! Makanan pulak ada yang mahal dan ada yang setimpal dengan rasa, kenalah pandai pilih. 

Secara kesuluruhan Pesta LAMPU Putrajaya ni agak membosankan, tiada penambahbaikan dari tahun sebelumnya. Pergi sana lebih banyak habiskan duit je, lebih² lagi yang bawak anak ramai. Harap pihak penganjur lebih peka dan adakan penambahbaikan supaya setimpal dengan wang yang pengunjung habis bila datang ke pesta ni.

3 ulasan:

  1. nampak cantik sangat utk sy yg tak pernah kesana utk layan lampu2 tu.. so far tak terfikir nak kesana sbb jauh dan kesesakan tu yg menjadi faktor utama.. ;D

    BalasPadam
  2. hehee, tak pernah lagi tgok sebab bukan orang sana. Tapi tgok orang post meriah je lampu tu. Tapi kalau bnda sama, memang agak membosankan laa.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com