terkini dan sensasi

Jumaat, 1 Disember 2017

Pembelajaran pun bermula

Assalamualaikum...(^ ^)

Sempena hari baik dan Aiyra pun dah masuk umur 2 bulan Mas pun tekad nak mula ajar dia menyusu gunakan botol. Maka hari ni pembelajaran pun bermula, keluarkan segala kelengkapan yang ada. Nasiblah botol² untuk simpan susu masa Airis dulu elok lagi, jadi bolehlah gunakan semula. 


Mula² Mas pam 3oz untuk Aiyra hisap, agak² cukuplah untuk dia yang baru umur 2 bulan. Masukkan je puting botol tu ke mulut dia terus dihisap tanpa fikir panjang, haaa kagum mama dia kejap. Mudahnya Aiyra terima puting botol, takde pun buat muka pelik atau macam loya² ke. Tapi hanya habis dihisapnya 1½oz je dan terus tidur dengan lena. Fuhhh lega mama, Aiyra pandai menyusu botol dengan jayanya.

Selepas bangun tidur waktu tengahari tu Mas bagi lagi baki yang 1½oz tu. Tapi masa tu dia tolak² jugak puting susu tu dengan lidah, mungkin rasa lain macam sebab lepas bangun tidur kot? Tapi Mas cuba jugak pujuk, selepas 5 minit camtu dia menyusu dengan elok dan habis baki susu tu. Yeayyy berjaya lagi Aiyra menyusu untuk kali kedua!

Kali ketiga Mas bagi bila dia bangun tidur jam 5 petang, masa ni Mas panaskan 2oz je. Laju je dia habiskan 2oz susu tu, dah nampak macam serasi dah. Jadi pembelajaran untuk hari pertama berjaya, alhamdulillah Aiyra bagi kerjasama yang baik. Selepas jam 6 petang barulah Mas bagi direct feeding kat dia, haaa kemain gelojoh hisap. Rindulah tu, hahahaa!


Harap pembelajaran untuk hari kedua esok berjaya jugak, sekurangnya 2 minggu Mas nak bagi dia masa untuk betul² serasi. Jadi bermulalah jugak rutin penyimpanan stok susu untuk Aiyra minum pada sebelah siang, harap susu meriahlah. Mama pun kena konsisten pam, tak boleh stress, kena jaga makan dan kena usaha keras untuk simpan stok. Moga berjaya susukan Aiyra sepenuhnya dengan susu badan sehingga dia 2 tahun!

9 ulasan:

  1. Salam singgah kak. Semoga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. Aamin. :)

    BalasPadam
  2. semoga berjaya, inshaAllah :D

    BalasPadam
  3. Wahh! Kena usaha lebih mamanya. Nasib baik Aiyra mudah serasi

    BalasPadam
  4. Lega kan kak Aiyra nak botol susu.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah, lega kan. susu ibu juga yg terbaik

    BalasPadam
  6. pasni kite lak nak belajar hihihi

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah senang aiyra terima botol susu.. good job mama

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com