Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 5 Disember 2017

Selesai urusan anak bujang

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebenarnya dari umur 7 tahun lagi dia dah nak bersunat, tapi kami tak benarkan. Bukannya apa, Mas nak dia lalui zaman kanak²nya lama sikit, biarlah main puas² sebagai kanak² dengan riang gembira. Nanti dah bersunat dan dah dewasa, mesti malu dah nak main macam budak². 


Pastu cadangnya tahun lepas nak sunatkan dia tapi disebabkan cuti Mas tak berapa mencukupi, kami tangguhkan dulu. Yelah, sekurangnya kenalah ambil cuti 2-3 hari nak jaga dia kan? Jaga makan dan pergerakan dia, maklumlah anak² ni kalau takde mak bukannya pandai sangat. Bila dah ditangguhkan tu sibuklah dia cakap, "Tak kira tahun depan Arfan nak bersunat jugak, ramai kawan Arfan dah buat. Malulah kalau darjah 6 tak bersunat lagi." Hahahaa, tahu pun malu bersunat lambat!

Jadi tahun ni kami tunaikan kewajiban tu, ada budak dah tak sabar nak jadi dewasa. Bulan Disember tarikh pilihan kami sebab masa tu Mas masih cuti bersalin. Senanglah nak jaga dia bila mama ada, takdelah dia terkial² sendiri nanti. Setelah kami cari klinik yang sesuai tarikh 3/12 jadi pilihan sebab masa tu Mas dah habis pantang 44 hari, jadi mama dah kuat nak jaga anak berpantang sunat pulak.

Alhamdulillah, selesai dah urusan anak bujang tu. Masa buat sikit pun dia tak menangis, tak sakit langsung katanya. Yelah, Mas risau jugak sebab dia tu terkenal dengan sikap hati tisunya tu. Kadang gaduh sikit dengan adik pun menangis, jadi manalah tahu bersunat pun menangis kan? Tapi ternyata dia kuat dan tahan sakit. 


Hari ni dah hari ketiga, setakat ni dia dah nampak sihat. Dah boleh pakai seluar, jalan pun dah laju dan dah boleh mandi jugak. Cuma Mas suruh dia jaga luka tu betul², kena bersihkan setiap hari dan letak minyak gamat supaya luka cepat kering. Walaupun dia agak takut² nak buat tapi mama paksa jugak, kalau tak camne nak cepat baik. Pantang makan pun Mas masih suruh dia jaga, tak boleh makan sebarangan terutama benda² gatal nanti gatal pulak lukanya.

Haaaaa dewasa dah anak bujang mama, boleh jadi imam dah ni dan boleh mengurat awek dah. Hahahaa, tak sabar nak bermenantu ke mama tu!

2 ulasan:

  1. Sekarang ada teknik 'tara clamp'. Lagi tak sakit.
    tapi saya lebih suka teknik lama. Potong guna gunting, lepas tu jahit. By the way, saya dah tak buat dah part time bersunat ni sejak masuk bidang haemodialysis.

    BalasPadam
  2. Hihi aduhhh lama lg nak merasai suasana gini tp da cuak da jugak haha

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com