Assalamualaikum...(^ ^)
Rasanya belum terlambat untuk Mas ucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Chai pada semua masyarakat Cina di Malaysia. Moga sambutan di tahun ayam ini memberi seribu tuah, kebaikan dan kesejahteraan pada mereka semua.
Sempena Tahun Baru Cina pihak TNB telah menghasilkan webfilm bertajuk "Cooking Hustle - TNB Chinese New Year 2017". Bila Mas menonton webfilm ini memang ianya nampak kelakar tetapi bila dihayati betul² ada mesej tersirat yang disampaikan. Korang semua tonton dulu, nilai dan fahami sendiri apa mesej tersirat tersebut.
Haaaaa dah tonton ke, dapat tak mesej tersirat tu? Apa yang penting dalam setiap perayaan seperti Tahun Baru Cina, ia adalah masa untuk berkumpul bersama keluarga dan mengenepikan segala perbezaan serta merapatkan semula ikatan kekeluargaan. Apabila semua ahli keluarga hadir untuk makan besar, lebih penting adalah semuanya hadir dan berkumpul bukannya apa yang dihidangkan.
Dalam perjumpaan keluarga ketika perayaan apa yang utama ialah sikap masing², dek kerana sikap yang pentingkan diri sendiri kadang² pertelagahan akan berlaku. Masing² cuba beza membezakan, sepatutnya perbezaan itu diraikan bukannya diketepikan. Contohnya seperti hidangan Tahun Baru Cina yang beraneka jenis, saiz, rasa dan rupa, jika ianya dicampurkan menjadi satu hidangan pasti sedap kan? Pasti mempunyai pelbagai rasa kan? Begitu jugaklah ahli keluarga kita, walaupun berbeza sikap dan pendapat tapi jika bersatu ianya pasti teguh dan harmoni.
Umpama perpatah "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Kebahagiaan dan keharmonian sebuah keluarga itu terjalin apabila semuanya bersatu hati, mesra dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Maka dengan itu terciptalah Table Of Harmony seperti dalam webfilm TNB tu.
Jadi untuk menjadikan Tahun Baru Cina ini lebih seronok dan setiap kaum boleh meraikannya, TNB telah menghasilkan permainan dipanggil "Table Of Harmony". Korang boleh cuba permainan ni dan tengok apa "Mystery Dish" yang sesuai dengan korang.
Mari Mas tunjukan cara² untuk sertai Table Of Harmony:
1. Buka website https://betterbrighter.my/tableofharmony
2. Klik "Unveil Mystery Dishes".
3. Kemudian klik "Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table".
4. Pilih jawapan samada A, B, C atau D.
5. Klik "Unveil Your Dish" dan "Share Result".
Selepas dah cuba, hidangan misteri Mas ialah Emperor Chicken yang membawa maksud "A natural leader and a kind soul, you always guide family and friends to success and happiness". Rasa macam ianya sesuai dengan Mas sebab Mas akan sentiasa jadi pembimbing dan utamakan kejayaan dan kebahagian terutamanya ahli keluarga sendiri. Mas selalu nak tengok mereka berjaya dan bahagia.
Jadi jangan lupa cuba dan kongsikan apa hidangan misteri korang. Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Website: http://www.tnb.com.my
Facebook: www.facebook.com/TNBCareline
Instagram: www.instagram.com/tenaga_nasional