Terkini dan Sensasi

Isnin, 27 Februari 2017

Mesti curi masa untuk anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Dilema mak bekerjaya macam Mas ni ialah nak luangkan masa untuk anak². Mas tak taulah ibu lain yang bekerjaya camne, tapi Mas selalu rasa tak cukup je masa untuk anak² terutama hari bekerja. Kalau hari minggu atau cuti umum tu memang banyak masa sebab seharian Mas di rumah. Tapi walau camne pun Mas tetap kena pandai curi masa tu, walaupun hanya sejam. Mas tak nak anak² rasa mama tak pedulikan mereka!

Mas ni jam 6.20 pagi dah keluar bekerja, masa tu anak² masih tidur lagi. Hanya sempat salam cium mereka dan cakap mama nak pergi kerja dah. Pastu bila balik kerja jam 5.30 atau 6 petang barulah sampai rumah, masa tu dah sibuk nak mandi, kejar nak solat Asar dan selesaikan apa yang patut untuk kerja rumah. Anak² pulak sibuk bermain dengan kawan² dekat luar rumah, jadi memang takde masa lagi untuk mereka.


Dari jam 8-9 malam itulah Mas akan luangkan masa untuk mereka, walau rasa penat atau takde mood camne pun kena jugak curi masa tu. Tanya mereka ada homework tak, buat apa kat sekolah hari ni dan macam² lagi. Kalau anak² ada homework Mas akan luangkan masa tu untuk bantu mereka siapkan homework, tapi kalau takde ajak jelah mereka ulangkaji. Ataupun menonton TV bersama² sambil borak² dan makan².

Cuma ada terkadang tu terleka jugak dok layan handphone, pastu si Airislah suka tegur! Masa tu termalu sendirilah dengan anak². Terus campak tepi handphone dan bagi tumpuan dekat mereka. 

Macam Airis dia kecil lagi jadi senang nak ajak borak² dan main, tapi abang dan kakaknya yang dah besar tu susah sikit. Maklumlah dah besar suka sangat buat hal masing². Yelah anak² dah remaja ni lain sikit karenah dan emosi mereka, tersalah sikit nanti memberontak pulak. Jadi Mas yang kena selalu banyak bertanya itu ini dan kena selalu luangkan masa untuk mereka.

Ingat jangan jadikan alasan kita bekerjaya tak boleh luangkan masa dengan anak² tapi kita kena dan mesti curi masa untuk anak²!

Jumaat, 24 Februari 2017

Sambal Hitam Pahang sedap!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas anak jati Pahang, jadi memang tahu tentang kewujudan dan kesedapan Sambal Hitam Pahang ni. 

Dulu arwah mak selalu buat sambal hitam ni sebab kat rumah ada pokok belimbing buluh. Setiap kali belimbing tu berbuah lebat, arwah mak mulalah projek sambal hitam dia. Tapi masa dedulu hanya buat gunakan buah belimbing buluh sahaja, tak campur bahan² lain. Belimbing direbus dalam kuali besar atas api kayu, berjam² rebusnya sampai belimbing jadi hitam dan kering. Pastu simpan dalam balang kaca, boleh tahan bertahun². Bila nak makan barulah gaul dengan cili + ikan bilis yang ditumbuk, nak campur tempoyak pun boleh. Fuhhh memang boleh habis 2-3 pinggan nasi kalau makan!


Tapi sekarang zaman dan makin moden dan canggih, jadi Sambal Hitam Pahang ni dah dibuat dengan pelbagai perisa dan rasa. Tapi keaslian menggunakan buah belimbing buluh tu tetap dikekalkan. Cari je tentang Sambal Hitam Pahang pasti kita akan dapat tengok ramai peniaga² online jual. 

Mas pun tak ketinggalan nak cuba, nak membuat tu bukannya tak pandai tapi dek kekangan masa dan tiada bahan² maka kita beli je. Kebetulan ada rakan blogger KBBA9 jadi agen untuk Sambal Hitam Pahang ni. Masa Family Day KBBA9 tu dia ada bawa, teruslah beli 2 pek. Mas ambik yang extra hot punya, baru terangkat sikit bila makan! 

Satu pek Mas buat stok kat rumah dan satu lagi Atikah bawa bekal ke asrama. Bila makan memang sedap, tak tipu tau! Keaslian sambal hitam dia tu memang terasa, dengan pedas lagi. Makan dengan nasi panas memang tak sedar licin sepinggan. Anak Mas si Arfan tu boleh makan nasi 3 kali sehari dek kerana Sambal Hitam Pahang ni, kalau tak dia nak makan nasi memang payah. 

Tak sampai seminggu dah habis stok sambal, Atikah kat asrama pun bagitau stok dia pun dah habis. Apa lagi terus repeat order, kali ni beli 5 pek terus. Haaa lepas ni hari²lah Mas dok buka periuk nasi, hancurlah diet. Hahahaa!


Haaaaa tak kan korang nak baca je, kena order cepat sebelum kehabisan stok. Nanti melepas gigit jari Mas tak boleh nak tolong. Kalau berminat nak cuba boleh order dengan pengedar sah atau agen yang sah. Bukan sahaja ada jual Sambal Hitam Pahang tapi ada jugak pelbagai jenis sambal lain dan pes.

Pengedar Sah 

Agen Sah (Dengkil, Sepang & Putrajaya)
Whatsapp: 017-9397536 (Sue Izza)


Khamis, 23 Februari 2017

Bila pembelajaran anak² makin canggih

Assalamualaikum...(^ ^)

Balik je dari sekolah, "Mama, Arfan kena buat kerja dalam Frog VLE. Cikgu dah tunjukkan cara nak buat, dia suruh siapkan kat rumah."

Haaa tercenggang mama kau, apa dia Frog VLE ni? Sejenis katak kah? Hahahaa tak boleh blah mak kau kan? Serius kawan², sistem pembelajaran anak² sekarang dah lebih canggih. Jadi sebagai ibu bapa kita kena tahu dan peka pasal semua ni. Jangan pandang sambil lewa je! Sebelum tu mari Mas bagitau sikit apa ke dia Frog VLE ni, supaya takde yang terfikir ia sejenis katak macam yang Mas fikir.


Apa itu Frog VLE? 
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Ia merupakan program 1BestariNet oleh KPM.

Sebagai contoh guru² dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE.

Haaa itulah maksud dan kaedahnya. Jadi bila Arfan kena buat tugasan kenalah install aplikasi VLE tu mengikut nama sekolah anak². Nanti dia akan masukkan ID dan password yang cikgu dah beri. Pastu barulah boleh siapkan tugasan yang telah diberikan. Bila dia dah tunjukkan tu barulah mamanya ni faham, kalau tak memang tak tahu langsung. 

Lagi satu memang wajiblah kat rumah ada sebiji komputer atau laptop untuk mudahkan anak² buat tugasan ni. Mas ni nasiblah ada tab, dapat jugak bantu Arfan. Kalau tak terpaksa ke cyber cafe untuk selesaikan tugasan tu. Nampak gayanya kena beli laptop baru ni, wajib ada untuk pembelajaran anak² yang dah semakin advance ni.


Ini contoh² tugasan yang Arfan kena buat, haaa dah macam budak universiti.

Rabu, 22 Februari 2017

Pupuk minat anak ke sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Dulu² masa zaman sekolah, korang seronok tak pergi sekolah? Bersemangat tak bangun pagi², pastu rasa gembira tak bila dah melangkah masuk ke sekolah? Kalau Mas dulu memang seronok nak sekolah, tak sabar nak tunggu hari Isnin. Walaupun kebanyakan cikgu garang tapi rasa semangat nak ke sekolah tu tetap ada, sebab kita dah bersedia nak pergi sekolah. Lagi satu tak sabar nak jumpa kawan² dan main sama² bila waktu rehat. 

Jadi sekarang bila dah ada anak² Mas nak pupuk minat mereka dan nak mereka seronok ke sekolah. Camne caranya Mas nak buat mereka seronok, kenalah ada caranya. Cara Mas senang je, janji anak² tak pernah rasa jemu atau tertekan nak ke sekolah. 


Mula² Mas akan tanya apa aktiviti anak² kat sekolah setiap kali balik dari kerja. Mas nak mereka bercerita apa yang menarik dilakukan di sekolah, pastu Mas akan cakap, "Wah bestnya! Wah seronoknya! Esok kena pi sekolah lagi, pasti ada banyak lagi aktiviti yang cikgu buat." Haaa bila kita sama² kongsi keseronokan tu, anak² pun akan bersemangat nak ke sekolah. 

Lagi satu cara Mas akan pastikan mereka siap segala homework yang diberikan. Jangan pandang remeh tau pasal homework ni sebab kalau anak² tak siapkan kerja sekolah yang diberikan sudah tentu mereka tak seronok nak ke sekolah. Yelah nanti pasti kena marah dengan cikgu. Jadi bantulah dan pastikanlah mereka siapkan semua homework sebelum ke sekolah esok hari.

Pastu Mas suka berbual dengan mereka tentang hal sekolah supaya anak² sentiasa ada rasa minat dan rasa seronok nak ke sekolah. Mas berceritalah camne Mas bersekolah dulu, apa aktiviti Mas kat sekolah dulu, bagi mereka teruja dengar. Nanti macam² lah mereka tanya, dan dari situ kita dah tambah minat mereka untuk ke sekolah. 

Haaaaa tak susah kan? Apa pun caranya terpulang pada kita, janji anak² berminat nak sekolah serta seronok dan gembira bila ke sekolah!

Menarik ni, jom baca: Cara merawat ekzema dan psoriasis

Isnin, 20 Februari 2017

Perlu ke ada 2 buah kereta?

Assalamualaikum...(^ ^)

Wahhh hebat kau Mas, di zaman ekonomi makin dahsyat ni kau mampu beli sebuah lagi kereta." Alahai bukan hebat atau tak, bagi Mas ada 2 buah kereta ni sama ada ianya kemampuan atau keperluan. Kalau rasa mampu nak bayar hutang lagi sebiji kereta tak salahlah kau nak membeli, kau mampu! Janji kau cukup perbelanjaan dan simpanan setiap bulan.

Pastu kalau kau rasa kereta tu perlu untuk buat backup car, apa salahnya beli kan? Manalah tau kereta pertama kau rosak, pastu kos nak baiki agak mahal jadi tak perlu pening kepala fikir sebab ada kereta lain boleh digunakan bila waktu sesak. 


Mas buat keputusan nak beli kereta kedua bila pernah terlibat dalam kemalangan tahun lepas. Masa tu Myvi Mas memang rosak teruk, 2 minggu kena duduk kat bengkel. Patah kaki wooo, pening fikir camne nak ulang alik pergi kerja. Dahlah bengkel takde sediakan kereta untuk guna sementara. Merata melilau husband dok cari kereta member untuk dipinjam, memang tebal muka masa tu. Jadi kami dah serik, terus husband cadangkan ambik kereta kedua. Memudahkan kalau terjadi lagi perkara sebegini.

Menarik ni, jom baca: Cara merawat ekzema dan psoriasis

Lagi satu sebab kebetulan Myvi dah habis bayar, jadi mampulah kami nak buat hutang lain pulak. Kalau belum habis memang tak akan beli, nazak wooo nak bayar sampai 2 biji kereta. Alhamdulillah rezeki kami dipermudahkan untuk nak ada lagi sebiji kereta. 


Macam hari ni tetiba aircond Myvi rosak dan bateri kong, nak baiki duit belum ada. Nasiblah ada Mr Ex, takdelah susah hati fikir camne nak pergi kerja. Jadi ada jugak perlunya memiliki 2 buah kereta ni kan?

Jumaat, 17 Februari 2017

Maharaja Lawak Mega kembali

Assalamualaikum...(^ ^)

Mula² dengar program Maharaja Lawak Mega akan kembali terus berharap Jozan dan Sepahtu masuk bertanding. Serius rindu nak tengok mereka beraksi di pentas MLM, terutama Jozan sebab kali terakhir mereka bertanding pada tahun 2012. 

Tapi mengharap sajalah sebab bila nama peserta diumumkan ternyata mereka tak bertanding lagi tahun ni. Nampaknya hambar lagilah pentas MLM seperti tahun 2016. Memang tahun lepas Mas tak tengok langsung MLM, tau² Bocey jadi juara. Kalau dulu setiap kali MLM akan bersiaran pasti ternanti², tak sabar nak tengok lawak dari Jozan, Sepahtu dan Jambu. Tapi sekarang legenda² ni macam dah tarik diri je dari pentas MLM. Macam Jambu tak boleh buat apa dah sejak arwah Yus pergi, hanya Tauke yang masih setia di pentas MLM bersama ahli baru.

Malam ni Mas nak tengok jugaklah untuk episod pembukaan, kalau hambar memang tak tonton dah episod akan datang. Peserta yang agak menarik perhatian musim ni ialah Bocey dan Zero. Harap mereka dapat kekalkan momentum lawak yang lucu dan mencuit hati. Harap setiap minggu lawak tu konsisten. Nak harap kumpulan lain macam tak menaruh harapan tinggi sangat. Haaa lagi seorang Juara Lawak Solo, Daniel. Lawak dia boleh tahan jugak, harap dia pun beri yang terbaik.

Itu sajalah bebelan Mas untuk MLM 2017 ni, harap episod pembukaan malam ni hangat dan Mas nak ketawa puas². Kalau suam² kuku nampaknya tengok siaran lain jelah. Jom tengok peserta yang bakal berentap di pentas Maharaja Lawak Mega 2017.


Berkumpulan
Abioso | Amin, Sarip & Mamad
Bocey | Achey, Abam & Fad
Hobit | Amir, Bocil & Dinn
Joras | Joey, Rahim & Shuk
Mamu | Abu & Ajo
Masin | Jiggy, Mamat & Vicha
Nice | Achong, Ropie & Tauke
Pistol | AG Hafiz & Raja Azrey
Puteh | Ali & Mamak
Shiro | Ajak & Shahrol
XOXO | Chot, One & Wan Gegau
Zero | Atu, Shariff & Syaiful

Solo
Danial
Dzawin
Mad Sabah

Menarik ni, jom baca: Cara merawat ekzema dan psoriasis

Khamis, 16 Februari 2017

Set 5 in 1 Deeja Cosmetic : Saya puashati!

Assalamualaikum...(^ ^)

Walaupun kulit Mas takde masalah tapi nak jugaklah kulit nampak berseri², licin dan gebu gitu. Sapalah tak nak kulit camtu kan, impian setiap wanita tu. Jadi Mas pun nak cubalah produk yang bagus dan dari bahan semulajadi sebab produk camni jarang datangkan kesan sampingan yang teruk. 


Cari punya cari berkenanlah dengan Set 5 in 1 Deeja Cosmetic ni. Pastu kebetulan baca banyak review kata produk ni elok dan hasilnya pun bagus. Mas memang camtu sebelum cuba apa² produk kena baca review dan testimoni dari pengguna² lain, baru yakin nak cuba kan?

Keistimewaan Deeja Cosmetic
Sebelum Mas ceritakan kesan dari penggunaan set ni, Mas nak cerita dulu apa dia keistimewaan Set 5 in 1 Deeja Cosmetic ni. Berbaloi tak untuk pakai dan beli?


1. 5 in 1 dengan satu harga
Haaa ini memang istimewa sebab hanya dengan satu harga kita dapat 5 produk. Ada sabun pembersih muka, toner, krim siang, krim malam dan krim nano. Wahhh cukup lengkap, tak perlu nak beli satu² kan? Berbaloi sangat ni dengan wang ringgit yang dibelanjakan!

2. Mudah dibawa
Dengan bekas yang botol yang kecil comel tu memudahkan kita nak bawa set Deeja ni kemana saja. Campak je dalam beg tangan, tak perlu guna beg yang besar². Mas memang suka bekas yang kompak camni, sangat memudahkan terutama kalau nak pergi travel. 

3. Berbau wangi
Serius korang semua produk Deeja ni wangi sangat bau dia, seronok je nak sapu kat muka. Rasa macam segar je wajah bila pakai!


Testimoni Sendiri : Saya Puashati!
Jujurnya kulit Mas ni payah nak kena kesan sampingan yang teruk kalau cuba apa² produk sebab kulit Mas bukan jenis yang sensitif. Jadi memang Mas puashati sangat selepas seminggu gunakan set Deeja Cosmetic ni sebab kulit rasa lebih licin dan halus gitu. Bila nak sapu foundation atau bedak rasa smooth je dan nampak sekata. 

Paling Mas suka dalam set Deeja ni ialah krim nano sebab bila pakai sebelum tidur dan esok bangun kulit rasa lembut dan nampak berseri gitu. Haaa sebab krim ni bahan asasnya dari kunyit tau, kunyit kan banyak kebaikannya terutama untuk kecantikan.

Mekap simple lepas pakai produk Deeja, dah nampak cantik kan?


Tapi ingat setiap kesan yang baik atau buruk bergantung pada kulit kita sendiri. Kalau masa pakai tu tiada kesan sampingan yang teruk boleh teruskan. Tapi jika ada kesan sampingan berhenti dulu pakai atau selang selikan waktu penggunaan tu. Pastu pakailah secara konsisten kalau nak hasil yang cepat dan bagus, kenalah rajin dan sabar kan?

Menarik ni, jom baca: Cara merawat ekzema dan psoriasis

Testimoni Pengguna Deeja Cosmetic
Ini Mas nak kongsi satu testimoni dari pengguna Deeja Cosmetic yang mukanya terkena air panas. Mula² dia gunakan gel aloe vera untuk hilangkan kesan parut, tapi bila dia cuba produk Deeja kesannya memang bagus dan memukau.

"Saya cuba tengok² produk skincare di Facebook. Mulanya saya nak cuba set skincare lain, tapi tak tahu macam mana saya boleh tertarik nak mencuba produk Deeja Cosmetic lepas tengok testimoni² yang cukup banyak dari pengguna. Saya nak tahu kesannya berbaloi tak dengan masalah parut saya yang teruk ni. Tak sangka akhirnya memang produk Deeja ni terbukti berkesan. Banyak parut saya dah hilang, hanya sebulan pemakaian dengan sangat² konsisten. Alhamdulillah husband dan family saya pun berpuashati dengan perubahan ini."

"Masa mula² nak cuba skincare saya paling takut ada pengelupasan. Tapi inilah yang buat saya sangat² puashati dengan Deeja Cosmetic bila parut kat muka saya dirawat tanpa apa² pengelupasan dan tak ada pedih². Saya mula menggunakan Set Deeja Cosmetic 5in1 dan diamond foundation, dan alhamdulillah sebulan lebih bersama Deeja Cosmetic kulit saya dah bertambah baik. Jerawat pun dah kurang, kulit lebih halus dan lembut dari dulu," tambah Nurul.

Cubalah tengok gambar ni, Mas pun bila tengok terus cakap "Wooww memang bagus produk Deeja Cosmetic ni, tak sia² Mas guna!"


Haaa yakin dan nak cuba tak? Kalau berminat nak beli dan dapatkan maklumat lanjut boleh layari: 

Facebook: Deeja Cosmetic
Instagram: deeja_cosmetic_hq
Call/Whatsapp: 019-6945950

Harga Set 5 in 1 Deeja Cosmetic: 
RM85.00 (SM) | RM90.00 (SS)

Rabu, 15 Februari 2017

Kemeriahan Family Day KBBA9

Assalamualaikum...(^ ^)

Meriah, gamat, seronok, gembira, dapat ilmu dan ukhwah terjalin!

Itulah yang dapat Mas gambarkan untuk Family Day KBBA9 yang telah diadakan pada Sabtu dan Ahad lepas. Walaupun tak ramai keluarga KBBA9 yang turut serta tapi mereka pun tumpang seronok dan gembira. Harap ada rezeki lagi untuk adakan event camni dan lebih ramai dapat memeriahkannya.


Mula²nya Mas nyaris tak dapat pergi sebab ada sedikit masalah, tapi alhamdulillah sebelum tarikh tersebut ia dapat diselesaikan. Seawal jam 12.30 tengahari hari Sabtu Mas dah jejak kaki di De Rhu Beach Resort sebab kebetulan malam tu Mas dah tiba kat rumah mak mertua di Kuantan. Jadi memang dekatlah nak ke resort tu dari rumah mak. 

Selesai urusan check in bilik, anak² dah tak senang duduk sebab nampak kolam yang besar dan luas terbentang tu. Tak sempat nak kemas barang² dulu mereka dah berzikir, "Mama jom mandi kolam! Mama jom mandi kolam!" Tapi memang teruja bila tengok kolam tu, buatkan korang tak sabar nak terjun kuak lentang bagai. Bila dah masuk dalam kolam dekat 3 jam kooo anak² dok berendam, sampai Mas dah sejuk mengigil. Dalam hati dah cakap, "Janganlah sampai kolam tutup baru mereka nak naik, mau beku mama ni"! Hampir 3 jam barulah mereka mengalah sendiri sebab dah tak tahan sejuk.




Dah puas mandi kolam, sebelah malamnya kami dihidangkan dengan makan malam yang sangat enak. Serius Mas memang puji makanan kat sini, semuanya sedap² dan kena dengan selera Mas. Selepas makan malam ada pulak sesi perkongsian ilmu bersama Lembaga Zakat Selangor. Banyak ilmu baru yang Mas dapat melalui perkongsian ini dan dari apa yang disampaikan barulah kita tahu betapa pentingnya peranan LZS dalam menguruskan perkhidmatan zakat. Terima kasih LZS untuk ilmu yang sangat bermanfaat!



Haaaaa lepas habis tu jangan ingat kami dah tidur ye. Belum lagi sebab ada sesi ilmu yang lagi menarik dan seronok iaitu sesi ramah mesra bersama rakan² blogger yang hadir. Memang best sangat sampai semuanya tak sedar jam dah 1.00 pagi. Masing² berkongsi pengalaman bagaimana mula² berblog, camne boleh masuk KBBA9 dan macam² lagilah. Paling seronok bila dapat sedut ilmu tentang bisnes dari Ezza dan ilmu berblog dari founder KBBA9 sendiri, Ben Ashaari. 

Esoknya pulak padang permainan dah menanti kami untuk acara sukaneka yang diuruskan oleh pihak resort. Bukan anak² je tak sabar nak bersukan, mak ayah pun teruja tau! Untuk anak² ada acara rebut gula², cari guli dan musical chair. Untuk mak ayah pulak ada acara boling kelapa, kukur kelapa, dadu gergasi, terompah gergasi dan golek gelung. Semua acara Mas, husband dan anak² masuk, seronok sangat. Sakit perut asyik dok gelak dan sampai nak hilang suara dok jerit bagi sokongan. Gamat sangat weihhh masa tu, lupa segala masalah dan ukhwah kekeluargaan tu semakin akrab.





Habis acara sukaneka maka tamatlah Family Day KBBA9 2017. Lepas makan tengahari semuanya bersiap sedia untuk pulang ke destinasi masing². Tapi sebelum balik wajib abadikan gambar sebagai kenangan. Semua blogger, pasangan dan anak² tersenyum gembira dan puashati dengan event ini. Bukan sahaja dapat bersukaria tapi dapat banyak ilmu, dapat eratkan hubungan silahturrahim di kalangan blogger serta keluarga. Walaupun ada segelintir tu baru je bersua muka tapi macam dah kenal lama, cepat kemesraan tu terjalin! 



Terima kasih De Rhu Beach Resort, Kuantan untuk lokasi yang menarik, terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari sebab anjurkan event hebat ni dan terima kasih rakan² blogger serta keluarga yang hadir dan gamatkan suasana. Moga ketemu lagi!

Menarik ni, jom baca: Cara merawat ekzema dan psoriasis

Selasa, 14 Februari 2017

De Rhu Beach Resort : Lokasi percutian menarik dan Penganjuran majlis

Assalamualaikum...(^ ^)


11-12 Februari 2017 yang lepas berlangsung dengan meriahnya Family Day KBBA9 dan lokasi pilihan adalah di De Rhu Beach Resort Kuantan, Pahang. Jadi sebelum Mas cerita lebih lanjut mengenai kemeriahan family day tu, Mas nak cerita dulu pasal resort tersebut. 

De Rhu Beach Resort, Kuantan
Resort ini terletak berhampiran dengan Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam, Kuantan. Mas pun pertama kali sampai ke resort ni dan dikhabarkan tarikan utama adalah kolamnya yang sangat luas dan selesa. Mula² sampai tu memang tak sabar nak tengok kolam, dan bila dah sampai ternyata teruja melihatnya. Luas, selesa, bersih dan cantik, membuatkan kita tak sabar nak mandi.

Pastu kolamnya selamat dan mesra kanak². Terdapat pelbagai kemudahan permainan disediakan untuk anak² seronok mandi manda. Pengawal keselamatan jugak ada untuk memastikan anak² sentiasa selamat ketika berada di kolam.

Lagi satu, kolam ini jugak dibuka kepada orang awam yang tidak menginap untuk bawa anak² mandi manda. Bayaran yang dikenakan adalah RM10 untuk dewasa dan RM7 untuk kanak².




Selain tarikan kolam tu, De Rhu Beach Resort jugak sesuai untuk penganjuran pelbagai majlis seperti hari keluarga, gathering, seminar, kursus, mesyuarat dan majlis perkahwinan. Ini kerana pihak resort mempunyai kemudahan dewan yang sangat luas dan selesa untuk majlis² tersebut. Ada 10 dewan tau tak? Haaa memang berbaloi sangat buat pelbagai majlis di sini.

Jangan risau, setiap majlis yang ingin diadakan pihak resort menyediakan pelbagai pakej² menarik dan berbaloi. Boleh rujuk di website mereka untuk maklumat lanjut.




Bukan sahaja kemudahan dewan, ada banyak lagi kemudahan lain yang terdapat di De Rhu Beach Resort seperti gimnasium, gelanggang squash dan badminton, padang permainan, karaoke lounge dan video games lounge. Semua kemudahan ini memang cukup selesa untuk para pengunjung.

Pastu ada jugak kemudahan aktiviti lasak seperti ATV Advanture. Wahhh best dan menarik kan, kena cuba aktiviti ni kalau datang ke De Rhu Beach Resort.

Menarik ni, jom baca: Cara merawat ekzema dan psoriasis




Pastu bilik² penginapan di resort ini jugak sangat selesa, cantik serta harganya berbaloi dan berpatutan. Ada 3 jenis bilik yang disediakan iaitu Superior, Super Deluxe dan De Rhu Suite. Masa menginap tu Mas dapat bilik Super Deluxe, biliknya selesa, luas dan bersih. Dalam bilik ada kemudahan wi-fi percuma, penghawa dingin, TV dengan rangkaian Astro, mini bar dan seterika. Sesuailah untuk kami sekeluarga!

Pastu bilik suite pulak sangat cantik, sesuai untuk pengunjung yang datang nak berbulan madu. Romantik gitu suasana biliknya, hehehee! 





Jadi memang tak rugi kalau anda memilih De Rhu Beach Resort sebagai destinasi percutian dan untuk adakan apa² majlis sekali pun. Kolamnya cantik, dewannya banyak dan luas, biliknya selesa, ada pelbagai kemudahan, ada wi-fi percuma, makanannya sedap, berdekatan dengan pantai dan pastinya berbaloi dengan wang ringgit anda. Haaa cukup lengkap semuanya! 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh layari:

Website: derhu.com.my
No. Telefon: 09-5579000

Mas pun nak datang lagi nanti, bawak keluarga datang bercuti pulak!

Isnin, 13 Februari 2017

Baju Family Day KBBA9

Assalamualaikum...(^ ^)


Haaa smart tak baju tu?
Baju ye bukan si pemakai tu, hahahaa!

Itulah dia baju rasmi Family Day KBBA9 yang direka khas oleh AJ Cetak. Memang dah jadi designer rasmi KBBA9 ni setiap kali nak tempah tshirt. Mas suka baju ni sebab rekaannya sangat cantik, kainnya jugak berkualiti dan rasa selesa bila dipakai. Rasa sejuk dan menyerap peluh, memang tak panas kalau pakai.

Pastu harga yang dikenakan pun murah, berbaloi sangat dengan kualitinya. Mana nak dapat baju cantik, smart, murah dan berkualiti kalau tak di AJ Cetak. Memang tak menyesallah kalau tempah!



Sebab tu setiap kali nak ikuti program KBBA9 ni terutamanya Family Day mesti tak sabar dan teruja nak dapat baju rasmi. Nak pulak dah tengok design bajunya yang smart tu, lagilah tak sabar. 

Jadi kalau berminat nak tempah baju untuk family day ke, gathering ke atau untuk pakai sendiri boleh ke Facebook di www.facebook.com/AJCDistrict.

Boleh jugak telefon, sms atau whatsapp di talian 018-6614215.


Jumaat, 10 Februari 2017

Pilih untuk 100% sihat

Assalamualaikum...(^ ^)

Ada sesetengah orang selalu beranggapan yang mereka dah cukup sihat, jadi tak perlu jaga pemakanan sangat atau buat detox ke. Salah sama sekali anggapan itu, jangan anggap kamu dah 100% sihat. Kurus atau gemuk ke, tetap kena jaga pemakanan, buat detox dan bersenam. 


Banyak Mas dengar ada orang yang tinggi kolestrolnya dan banyak toksin dalam badan walaupun mereka sihat. Sebabnya mereka makan apa saja tanpa dikawal. "Aku takde penyakit jadi tak salah aku makan apa saja". Jangan, pemakanan itulah yang boleh mengundang pelbagai masalah dan penyakit. 

Sepatutnya kita jangan malas jaga kesihatan dan tak kira kita bersaiz camne pun, pemakanan kena selalu jaga dan amalkan diet seimbang. Pastu sebulan sekali buat detox, minum jus sayur setiap hari untuk buang toksin dalam badan. 

Masa Mas gemuk dulu selalu jugak beranggapan, "Alah takpelah aku gemuk janji aku sihat, takde penyakit apa² pun". Salah sebenarnya anggapan Mas tu, tak semestinya takde penyakit kita sihat. Kita tak tahu setinggi mana kolestrol dalam badan kita, sebanyak mana kandungan toksin yang ada dalam tubuh badan kita. Jangan anggap fizikal kita sihat dah tentu dalaman kita jugak sihat kan? Jadi bila dah berjaya kurus ni, Mas tetap amalkan yang pemakanan seimbang supaya betul² sihat.

Ingat walau kita kurus ke atau gemuk ke, biarlah pilih untuk 100% sihat! 


Rabu, 8 Februari 2017

Kembali berbento

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama jugak tak rajin berbento ni, dekat sebulan rasanya. Tapi sejak minyak naik harga dan harga makanan pun makin mahal, lebih baiklah masak sendiri. Modal beli bahan² dalam RM30 ke RM40 untuk seminggu makan. Memang lagi jimat sebab kalau Mas beli makanan kat kafe satu hari tak kurang RM10 untuk sarapan dan lunch. Kalau buat bento, Mas masak siap² untuk sarapan dan lunch. 


Bagus berbento ni, selain boleh jimat kita boleh jugak kawal pemakanan dan kembali kawal diet. Memang kalau beli di kafe Mas akan kawal jugak tapi nak eat clean tu payah sikit sebab pengawalan garam, minyak dan gula tu tiada. Bila sediakan sendiri memang eat clean habis, garam dan minyak tak ambik. Pastu setiap hari ada sayur dan serat. Air pulak hanya green juice dan air detox. 

Lagi satu nak sediakan bekal atau bento ni kena ada 200% aura rajin dan 200% idea menu apa nak buat. Kalau malas dan tak tahu nak masak apa memang tak jadi punya, jawapnya bawa bekal kosong dan tapau je kat kafe. Aura rajin tu ialah kena rajin bangun awal pagi, paling awal pun jam 5 pagi. Macam Mas bangun jam 4.30 pagi, baru sempat nak siapkan semuanya. Idea apa nak masak pulak sebelah petang Mas dah fikir bekal apa nak bawa esok. Biasanya Mas masak ringkas je, janji kenyang! 

Inilah bento Mas dari Isnin hingga hari ni. Semuanya mudah dan cepat disediakan, 15 minit ambik masa potong² bahan dan 15 minit ambik masa nak siapkan. Yang penting sedap, sihat dan kenyang!




Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com