Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 28 Januari 2018

Baju bundle murah di EYDraki Bundle

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak Aiyra lahir Mas tak pernah lagi belikan baju untuk dia, bukannya apa sebab baju² kakak Airis dulu banyak sangat. Mana taknya masa dia lahir memang gila membeli romper dan sleepsuit, pastu dengan baju kawan² bagi lagi dan kakak Mas pun banyak bagi. Makanya banyaklah baju² untuk Aiyra pakai, nak jual bundle pun boleh. Hehehee!

Tapi disebabkan nak pergi bercuti bulan Februari nanti, nak jugaklah belikan 2-3 helai baju baru untuk dia. Pastu nak cari tambahan sleepsuit sebab kebanyakan yang Airis punya dulu Mas dah jual dekat kawan². Mas suka pakaikan sleepsuit ni untuk baby, mudah dan selesa. Lagi satu romper pun Mas suka pakaikan, senang dan tak panas bila baby pakai. 

Jadi Mas carilah dekat Facebook ada tak kedai online yang jual baju murah² untuk baby, kalau ada kedai bundle lagi bagus. Sebab bagi Mas nak beli baju untuk baby ni tak perlu yang mahal sangat, terutamanya baju² untuk pakai harian. Kalau untuk pakai masa raya atau kenduri ke takpelah beli yang mahal sikit, sebab sekali setahun je. Lagi pun baby ni cepat membesar, kalau beli baju mahal² tapi pakainya 2-3 kali je maka rugilah kan?



Cari punya cari kat Facebook jumpalah satu kedai bundle ni, dekat kawasan Salak Tinggi jugak. Nama kedai tu EYDraki Bundle, boleh datang kedainya untuk pilih sendiri atau boleh jugak beli secara online. Pastu kebetulan pulak semalam dan hari ni ada jualan penghabisan stok, memang rezeki kamilah. Kebanyakan baju² macam tshirt, romper, seluar dijual dengan harga RM10 untuk 3 helai. Sleepsuit pulak dijual dengan harga RM12 untuk 3 helai, pastu baju² lain macam jeans/slack, dress, jumpsuit/jumper, overall dan kemeja hanya RM8 sehelai. 

Pilih punya pilih tadi dapatlah Mas beli 6 helai sleepsuit, 4 helai romper, sehelai sweater dan 3 helai tshirt lengan panjang untuk Aiyra. Pastu beli jugak 5 helai seluar panjang dan sehelai jeans untuk Airis. Ada jugak 3 helai seluar pendek dan sehelai sweater untuk Arfan. Semuanya baru RM99, memang berpatutan dan berbaloilah bagi Mas. Lagi pun kualiti kain² dia memang dari luar negara, elok dan selesalah untuk anak² pakai. 


Memang syok pilih baju² bundle ni terutama baju untuk anak², dok 2-3 jam pun takpe. Haaaaa bagi korang yang dok berhampiran dengan Salak Tinggi ni bolehlah ke EYDraki Bundle di alamat tertera atau layari Facebook mereka untuk maklumat lanjut dan pembelian online. 

Whatsapp: 012-6447507

Alamat
No.8, Jalan Seroja 6
Taman Seroja, 43900 Sepang
Selangor Darul Ehsan
No. Tel: 017-663707


6 ulasan:

  1. memang lama lah khusyuk mencari sebab baju budak2 banyak yang comel2

    BalasPadam
  2. Wahh murah laaa ni Mas.. kita pon suka gak beli baju2 bundle kalau yang comel2 hahahaha.. saja suka2 pastu bagi kat anak2 sedara yang kecik2.. kita takdak anak kecik dah.. beli pahtu peram sekejap.kat umah sebelum balik kampung.. pastu kasi kat anak sedara.. geram aihh tgk baju kecik2 .. romper tu rasa cam nak g beli jer.hahaha

    BalasPadam
  3. syoknyeeee.. nk jgk beli baju2 utk baby.. lg suke beli bundle je..

    BalasPadam
  4. cantik-cantik juga bajunya kak...hihihi

    BalasPadam
  5. Uishhh murah! Kedai pun nampak selesa tu, mmg boleh lepak lama dalam tu haha

    BalasPadam
  6. IQ selalu pergi dekat area setapak, kalau pergi memang lama dibuatnya

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com