Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 19 Januari 2018

Balm Tasneem Natural : Teman bayi anda

Assalamualaikum...(^ ^)

Bayi sakit perut dan kembung perut?
Bayi meragam atau tantrum?
Bayi susah nak tidur lena?
Bayi demam, selsema dan batuk berpanjangan?

Bila ada Aiyra inilah masalah yang selalu merisaukan Mas, tak keruan dibuatnya. Semua ni kalau kena pada dia memang Mas tak tidur siang malamlah, dia tak selesa kita pun tak selesa kan? Pastu Mas mesti usaha nak cari penawar atau ikhtiar untuk selesaikan masalah ni.


Balm Tasneem Naturel jadi pilihan
Haaaaa Mas dah dapat pilihan yang sesuai untuk buat Aiyra selesa, Balm Tasneem Naturel jawapannya. Tak perlu was² nak gunakan balm ni pada bayi sebab ianya dirumus khas daripada bahan semulajadi serta kombinasi minyak pati (essential oil) yang bermutu tinggi. Pastu ianya tanpa sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna. Jadi diakui ianya selamat untuk Aiyra, lagi pun kelulusan KKM pun ada tau! 

4 variasi Balm Tasneem Naturel
Balm ni ada 4 jenis variasi pilihan yang boleh mengatasi 4 masalah diatas, iaitu Tummy Time, Calm Time, Sleep Time dan CF Rub. Keempat² balm ni didatangkan dalam bekas yang sangat comel, Mas tengok pun jatuh cinta. Dengan bekas yang comel dan kecil ni pun memudahkan Mas nak bawa ia ke mana saja, campak je dalam handbag.

Bukan saja bekasnya comel tapi baunya wangi sangat. Kalau sapu kat Aiyra tu seluruh badan dia bau wangi, jadi sepanjang masa mama asyik nak cium dia je. Kakak dan abang pun cakap Aiyra wangi, hehehee! Pastu kan, balm ni memang tak panas, tak melekit dan tak pedih pada kulit bayi. Sesuai sangatlah bila sapu pada Aiyra. 

Mari Mas perkenalkan satu persatu balm yang comel dan wangi ni.


1. Tummy Time: Sesuai disapu pada perut bayi bagi melegakan perut kembung, sembelit dan membuang angin berlebihan. Ia juga turut membantu masalah penghadaman. Mas akan sapukan balm ni pada Aiyra setiap kali selepas mandi supaya dia rasa selesa dan perutnya tak meragam.

Cara guna: Sapukan di perut dan tapak kaki bayi.


2. Calm Time: Berfungsi untuk memberi keselesaan kepada bayi kalau dia meragam atau tantrum. Bau chamomile yang wangi tu boleh membuatkan bayi rasa tenang, jadi tantrumnya tu akan berkurangan. Mas akan sapu pada Aiyra kalau dia menangis, meragam atau tantrum tetiba, lepas sapu memang dia akan lebih tenang dan selesa. 

Cara guna: Sapukan di tapak kaki, nadi, belakang telinga dan tulang belakang bayi.


3. Sleep Time: Berfungsi membantu supaya bayi mudah lena dan bangun dengan mood yang ceria. Pati lavender yang ada dalam balm ni sangat menenangkan dan baunya yang wangi membantu bayi berada dalam mood yang tenang dan selesa sehinggalah dia dapat tidur lena. Setakat ni setiap kali Mas sapukan pada Aiyra semasa dia nak tidur memang berkesanlah, dalam masa ½ jam je dia dah tidur lena. Waktu malam pun takde dah dia bangun tengah malam dan berjaga, hanya bangun nak menyusu je. Suka sangat, tidur dia dan Mas tak terganggu!

Cara guna: Sapukan di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga dan pergelangan tangan bayi.


4. CF Rub: Membantu masalah anak demam, batuk dan selsema. Ia jugak dapat melegakan pernafasan, mengurangkan batuk dan mencairkan kahak serta mengurangkan suhu badan bayi. Buat masa ni Aiyra takde lagi demam, batuk atau selsema, tapi kadang tu ada masa macam hidung dia tak selesa je. Jadi Mas cubalah sapukan balm ni, nampak dia lebih lega dan pernafasannya selesa.

Cara guna: Sapukan di tapak kaki, dada, tekak dan tulang belakang bayi.

Aiyra selesa, mama gembira!
Alhamdulillah selepas seminggu gunakan Balm Tasneem Naturel ni Mas rasa ianya sesuai sangat untuk Aiyra. Semua masalah di atas dapatlah Mas atasi dengan hati senang, yelah kita ikhtiar kan yang lainnya dari izin Allah SWT. Pastu yang seronoknya balm ni bukan saja boleh gunakan pada Aiyra, mama dan kakak abang pun boleh guna. Maknanya ia untuk kegunaan seisi keluarga.



Pernah sekali tu Mas sakit perut, angin penuh dalam perut tapi tak mau keluar. Mas saja cuba sapu balm Tummy Time tu, tak sampai 10 minit angin terus keluar dengan lancar dan perut pun rasa selesa. Pastu Airis pulak dah lama sangat selsema, hidung sentiasa berhingus je. Dah makan ubat pun masih tak baik, jadi Mas cubalah sapu balm CF Rub tu kat dia setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur. Nampaklah ada berkurangan selsema dia, hidung pun tak berhingus dah!

Haaa dah cerita panjang lebar ni, mana nak beli balm comel ni? Korang boleh dapatkan info tentang pembelian dan maklumat lanjut di:

Hotline: 011-20964665 (Order) / 010-8453469 (Daftar Agen & Stokis)

Harga Pakej Balm Tasnem Naturel 2018



22 ulasan:

  1. Nampak selesa jer Aiera... Aiera pon suka balm tasneem niii .. Memamg sesuai untuk seisi keluarga..

    BalasPadam
  2. Comel Aiera .. suka laa tu dapat guna balm tasneem eaaaa... Memang kat rumah kena ada balm tasneem ni utk kegunaan sekeluarga..

    BalasPadam
  3. wah banyak yaaa balm Aiyra..
    senang laa lepas ni, nak pakai balm mana . hehe

    BalasPadam
  4. Best yer semua jenis balm.huda pun nak beli utk anak2 huda la nt

    BalasPadam
  5. alolo comelnya packaging diaa..
    sy pun mmg suka sgt bau balm..mmg akan prepare balm dlm beg bila keluar g memana

    BalasPadam
  6. memang rekomen brand tasneem ni. tak rugi beli.. seisi keluarga boleh guna. syokkk

    BalasPadam
  7. Waaah mcm2 ada skrg erk.. dulu zmn beranakkkan iman x der plak .. bau mesti sedap kan

    BalasPadam
  8. Bagus sangat ada balm ni. Simpan kat rumah.. Untuk ahli keluarga pakai bila perlu.. Baru tau ada pakej2 hehehe.

    BalasPadam
  9. Comel packaging dia..

    BalasPadam
  10. Selesa aiyra bila mama sapu balm nie ye

    BalasPadam
  11. Ooo yg dewasa pun leh pakai ehh, bagus lah jimat satu keluarga leh guna

    BalasPadam
  12. Bila ada baby ni memang penting ada balm ni kan.. Bila baby tak selesa bolehla sapu balm..

    BalasPadam
  13. berbaloi beli tasneem balm ni..seisi keluarga bole guna

    BalasPadam
  14. Comel gile bekas dia.. syg nak guna..

    BalasPadam
  15. Comelnya botol dia..semua jenis ada..nk kne masuk dalam list ni

    BalasPadam
  16. saya pun ada satu set jugak, sebelum bagi anak2 pakai suka bau balm dia dulu. wangi hihi

    BalasPadam
  17. Dah try Sleep time... Dah bekalkan pada ank, sleep time takut dia x leh tido dekat hostel.

    BalasPadam
  18. alhamdulillah kak. moga serasi untuk kita semua. ainy pun tengah pakai balm ni sekarang. best! ainy follow ya kak.

    BalasPadam
  19. cute laaa botol dia! tengah femes brand ni.. Rasa nak kena beli gak ni

    BalasPadam
  20. Ada anak kecil memang wajib ada balm tasneem ni... Balm Tasneem Memang bagus kanak-kanak dan dewasa boleh guna!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com