Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 27 Januari 2018

Bukan saja suka² nak cuti

Assalamualaikum...(^ ^)

Kekadang Mas geram jugak dengan mulut puaka sesetengah orang ni, ikut sedap hati je bila bercakap. Walaupun Mas buat tak tahu tapi rasa panas hati tu tetap ada, bercakap tak ikut otak orang camni.

"Itulah siapa suruh kau ambil cuti tanpa gaji lama², dah mengadu takde duit. Pastu nak shopping dan jalan² pun tak boleh. Kalau kerja kan ada duit!"

Ehhh bila masa entah Mas mengadu dengan dia yang Mas takde duit. Ini bukan pertama kali Mas cuti tanpa gaji, masa Airis pun pernah. Tak kuasalah nak mengadu atau meminta duit dengan orang, Mas dah bersiap sedia sebelum suka² nak bercuti tu. Lagi pun Mas bercuti bukan saja² tapi bersebab, demi anak Mas sendiri. Duit bila² masa boleh usaha cari, tapi anak bukan boleh dapat dengan petik jari je!


Meh nak cerita sebab musabab Mas suka² ambil cuti tanpa gaji tu, harap kau yang mulut puaka tu puashati. Sebab pertama masalah taska, bila dah cari kekosongan hanya ada bulan April sahaja. Jadi kenalah Mas bercuti, kalau tak siapa nak jagakan anak kan? Bukannya Mas tak cari pengasuh tapi buat masa ni takde, jadi kena jugaklah hantar ke taska. 

Pastu nak hantar ke taska ni bagi Mas biarlah bayi tu besar sikit, supaya tak timbul masalah pada pengasuh taska dan kita sendiri. Bagi Mas umur 3 bulan tu agak kecil lagi untuk anak² tinggal di taska, kalau pengasuh tu takpe. Sebab di taska ramai bayi, jadi tak boleh nak bagi tumpuan pada anak kita je. Kalau pengasuh tu dia jaga bayi kita sorang je, tumpuan hanya pada dia. Sebab itulah Mas rela ambil cuti untuk jaga anak sehingga dia dah besar sedikit. 

Bab duit tu Mas dah bersedia dari awal, sebab Mas yang nak bercuti kan? Jadi Mas mula menyimpan dari awal mengandung untuk kegunaan masa cuti tanpa gaji nanti, alhamdulillah sebelum cuti tanpa gaji bermula duit tu dah mencukupi untuk Mas bayar semua hutang² dan bil² bulanan. Pastu siapa cakap Mas tak boleh shopping atau jalan², boleh je sebab Mas dah ada perancangan rapi.

Jadi pada yang berkenaan tu janganlah sesuka hati nak kondem orang, kalau tak tahu apa yang orang tu buat. Sebab hidup ni perlukan perancangan sebelum kita nak buat sesuatu, bukan main hentam je. Bila dah rancang elok² pasti kita mampu hadapinya. Betul tak korang?

3 ulasan:

  1. hehehe....okay jer cuti
    janji happy

    BalasPadam
  2. Mulut mintak kena cili tu namanya haha. Patutnya dia tanya camna Mas rancang supaya boleh bercuti lama tanpa masalah, bukannya kondem kan

    BalasPadam
  3. Suka2 dia jer kan nak cakap kat org camtu.. mulut takdak insuran langsung. Kot suka org la nak cuti tak bergaji bukan mintak makan ngan depa..kan mas kan kan kan.. hadoi laaa macam2 manusia zaman skarang..kalah zaman duluu..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com