Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 5 Januari 2018

Cuti tanpa gaji, camne urus perbelanjaan

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila disahkan mengandung mesti Mas dah fikir berapa lama nak ambil cuti bersalin dan cuti menjaga anak. Macam Mas ni kerja kerajaan memang dah diperuntukkan cuti bersalin, boleh pilih nak 2 bulan atau 3 bulan. Pastu ada pulak cuti menjaga anak tanpa gaji selama 5 tahun, boleh pilih jugak berapa lama kita nak ambil tapi maksimum 5 tahun lah. 

Mas dah pernah ambil cuti menjaga anak ni, 2 bulan masa Airis dulu. Sebelum bercuti memang dah fikir camne nak urus perbelanjaan sepanjang takde gaji tu, bukan cuti buta² je. Banyak punca kewangan yang Mas kira, ada dari simpanan dan ada dari rezeki lain. Semua tu kena rancang dengan betul supaya kewangan Mas cukup untuk bayar bil² dan potongan sedia ada melalui gaji. 


Dari awal mengandung tu Mas dah kira berapa perlu ada untuk cuti tanpa gaji (CTG) 2 bulan tu, jadi kena simpan siap² dari awal. Pastu duit gaji yang Mas dapat masa cuti bersalin 3 bulan tu Mas simpan jugak sikit, untuk cover bil² bulanan masa CTG tu. Yelah masa bersalin takdelah banyak sangat guna duit sebab kita dok rumah je kan, kos yang biasa guna untuk minyak kereta dan makan waktu kerja tu kita jadikan simpanan. Haaaaa dari situlah Mas boleh survive!

Pastu ditambah jugak dengan duit lain macam bonus dan rezeki part time husband, itu sedikit sebanyak membantu jugak. Lagi satu Mas main kutu dan minta nak dapat masa cuti bersalin tu, haaa duit tu bolehlah simpan untuk kegunaan masa CTG. Kalau hasil dari semua duit tu ada lebih, barulah Mas guna untuk bawak anak² bercuti. Yelah mama cuti lama kan jadi luangkanlah masa bercuti dengan keluarga, dah kerja nanti banyak kekangannya. 

Haaa camtulah Mas urus perbelanjaan sepanjang CTG jaga anak tu, alhamdulilah semua mencukupi. Untuk Aiyra ni Mas ambil 3 bulan, dan semua duit untuk bayar potongan gaji sedia ada dan bil² sepanjang 3 bulan tu dah mencukupi. Lega dipermudahkan segalanya!

3 ulasan:

  1. Bagus buat perancangan rapi. Baru bercuti dengan tenang

    BalasPadam
  2. kena rancang perbelanjaan betul2 bila nak cuti tanpa gaji ni

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com