Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 13 Januari 2018

Gara² cuaca sejuk

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh hari ini dalam sejarah pasang kipas di kelajuan 1, kalau tak mesti kat nombor 5. Mana taknya dari hari Khamis sampai hari ni hujan tak berhenti kat Salak Tinggi ni, sejuk umpama kat kutub. Nak mandi pun bercinta, lama termenung dalam bilik air. Akhirnya jerang air panas dulu, baru boleh mandi. 

Ni dah petang barulah hujan reda, tapi cuaca tetap sejuk berangin. Suhu kat dalam rumah Mas ni 24°C, kat luar pulak 21°C. Haaaaa sejuk ko, nak keluar rumah pun malas. Pastu basuh baju dah berapa hari tak mau nak kering, kenalah korbankan duit sikit pergi dobi keringkan. Kasut sekolah anak² pun semuanya dok letak belakang peti ais, tu je cara nak keringkan.

kredit foto: IG Berita Harian


Kat tempat lain pun ada yang lagi sejuk dari tu, macam kat Kundasang dah cecah 14°C. Pastu kat atas puncak Gunung Kinabalu pun air dah mengeras jadi ais, kalau makin sejuk tak mustahil salji boleh turun. Kuasa Allah kan, kita tak tau! Syok wooo kalau dapat pergi Kundasang waktu ni, boleh berangan konon² ada kat luar negara. Hehehee!

Tapi bagus jugak cuaca sejuk camni kan, jimat sikit bil elektrik sebab tak perlu pasang kipas dan aircond. Bila malam cuma buka tingkap je, nikmati angin luar yang dingin. Air pun jimat jugak sebab anak² tak mahu mandi lama², sejuk ketar katanya. Kalau tak asyik berketuk je pintu bilik mandi suruh keluar, mahu sejam dok main air. 

Jom sambung dok dalam selimut sambil minum milo panas. Fuhhh syok!

5 ulasan:

  1. hahaha.. Nurul ni pun kesejukan.. sampai pakai stoking time tidur.. padahal kipas nombor 1 je..

    BalasPadam
  2. Ada hikmahnya kan.. nikmatilah cuaca sejuk ni. Tido lena. Hehe

    BalasPadam
  3. sama lahhh! Nak mandi kemain lama sebab sejuk sangat

    BalasPadam
  4. Memang sejuk kan sekarang nie..

    BalasPadam
  5. paling tak tahan nak mandi pagi2...sejuk yang amat airnye

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com