terkini dan sensasi

Khamis, 11 Januari 2018

Harga mahal kualiti kurang

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas tahu harga makanan mentah sekarang semakin mahal, sejak minyak asyik naik je setiap minggu ni. Pastu bukanlah nak salahkan peniaga sebab terpaksa naikkan harga, mereka pun terkesan dengan harga minyak tu. Tapi kenaikan harga tu perlulah setimpal dengan kualiti makanan kan, yelah walau harga dah naik kualiti tetap kena sama.

gambar sekadar hiasan


Mas pun tak cakap semua peniaga camtu, tapi ada segelintir yang bersikap camni. Jangan jadikan alasan harga barang naik tu untuk kualiti makanan kau semakin tak bagus, dulu gred A sekarang gred B. Ada satu kedai makan ni memang Mas selalu beli Nasi Ayam Penyet dia, memang sedap nasinya. Cuma sejak dah naik harga ni kualiti dan kesedapan nasinya dah berkurang. Mas kan pelanggan setia jadi memang dapat rasa kekurangan tu.

Sebagai pembeli Mas tak kisah dia nak naikkan harga, Mas tahu dia terpaksa buat camtu sebab barang dah mahal. Tapi kualiti masa harga murah dulu dia wajib kekalkan, barulah pembeli puashati. Macam Mas tak kisah harga tu dah mahal janji kualiti dan rasa tak berubah, kekal camtu. Barulah kita rasa berbaloi dia naikkan harga tu kan?

Apa pun para peniaga kena pandai ambil hati pelanggan dan kekalkan tahap kualiti jualan mereka, baru pembeli tak rasa tertipu. Dulu masa murah kemain sedap nasinya dan portion pun banyak, bila dah baik harga kualiti kurang. Pastu portion pulak makin sedikit, patutnya kekalkan!

3 ulasan:

  1. betul.. tu kdg2 malas nk masak tu pakse gak masak. sebab kalu beli kt luar xsedap makan. xpuas hati betul

    BalasPadam
  2. I pun pernah tulis dalam entri dulu pasal benda ni sebab ia boleh mengganggu keuntungan anda untuk jangka panjang

    BalasPadam
  3. bahan mentah makin naik sebab harga minyak tak stabil, sepatutnya harga minyak tak boleh diubah mengikut minggu, kesannya dekat peniaga yang perlu ambik barang semua. tak tahu nak kata apa, harga ikan pun melambung naik!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com