terkini dan sensasi

Isnin, 1 Januari 2018

Nak capai apa di Tahun 2018

Assalamulaikum...(^ ^)

Selamat Tahun Baharu 2018!

Kalau ikut basic dah tentulah nak bersama dan bahagia di samping suami dan anak² tersayang, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan amal ibadat. Itu yang basiclah, semua orang nak camtu kan setiap tahun. Tapi selain tu mesti ada sesuatu yang kita target nak capai dan jadikan ianya kenyataan.


Macam Mas tahun ni 2 orang anak akan hadapi peperiksaan penting, kakak akan periksa PT3 dan Arfan akan periksa UPSR. Apa yang Mas nak sudah tentulah nak mereka capai keputusan yang baik. Tak harapkan cemerlang dan semua A tapi memadai mereka lulus dan boleh teruskan pelajaran di peringkat seterusnya. Mas kena bagi perhatian lebih sikitlah dan kawal bab² TV, gajet dan main tu. 

Pastu nak dan pasang angan² melancong dengan keluarga ke luar negara, dapat pergi Bandung atau Krabi pun jadilah. Janji luar negara kan dan merasa pergi sekali seumur hidup. Makanya kenalah wujudkan tabung RM5 macam tahun lepas, pastu sebulan sekali boleh mula dah buat passport untuk anak². Kena cuba dan usaha, Insya Allah tercapai. Kalau tak 2018 ni mungkin 2019 nanti kan?


Lagi apa ye, haaaaa naklah blog ni terus hidup dan ada rezeki darinya. Walaupun bukan ribu riban tapi merasalah jugak, sebab pernah kumpul dan dapat beli Note5 dari hasil blog ni. Terima kasih pada komuniti KBBA9 yang banyak membantu dan beri peluang beberapa client bekerjasama dengan blog Mas. Moga 2018 ni ada lagi rezeki untuknya!

Lagi satu nak beli rumah kedua, bukan nak banglo atau kondo. Dapat rumah teres lagi sebiji pun jadilah, boleh buat sewa. Beli nanti pun pakai loan husband sebab dia belum gunakan beli rumah, Mas dah untuk rumah sekarang ni. Awal tahun ni nak survey² dulu, dapat yang sesuai dan harga mampu milik baru fikir langkah seterusnya. Tahun 2018 kita usaha, tak dapat tahun ni mungkin tahun depan kan?

Haaaaa itu sajalah yang Mas nak cuba capai untuk 2018 ni, biarlah ia bermula dengan angan² dan akhirnya akan jadi kenyataan!

1 ulasan:

  1. Semoga azam Mas dan suami menjadi kenyataan. Dan semoga dimurahkan rezeki lagi

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com