Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 3 Januari 2018

Nur Aiyra Annasya : 3 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)

Kalau ikut kiraan hari 30/12 tu dah genap umur dia 3 bulan, tapi kalau ikut tarikh lahir semalamlah 2/1/18. Tak kisahlah kiraan mana kan, yang penting baby mama dah makin besar. Kejap je dan 3 bulan, sedar² nanti dah setahun. Mama pun makin tua lah, hehehee!


Fasa tumbesaran Aiyra alhamdulillah mengikut umurnya, di umur 3 bulan ni dia dah pandai meniarap sendiri. Cuma bila dah meniarap tu belum pandai lagi nak baring semula, jadi bila dah lama mulalah dia merengek². Penatlah tu dok meniarap lama², tapi bila mama baringkan dia meniarap semula. Hahahaa orang tengah seronok dah pandai, layankan jelah! Pastu sejak meniarap ni tiap kali nak pakaikan diapers dengan baju punyalah susah, tak sempat pakai dia dah meniarap. 

Lagi satu fasa dia dah pandai angkat kepala kalau tengah baring tu, tinggi jugak angkatnya. Gayanya nak sangat dah bangun sendiri mama tengok! Pastu bab menyengih kalau diagah dialah orangnya, suka sangat! Mengamuk tahap extreme pun dah pandai sekarang, dia punya meraung macam kena pukul je. Haaaaa panik mama, sampai mama pun macam nak menangis sama!


Kesihatan dia pulak takde masalah, hari tu bab scan jantung dah selesai. Jantung dia 100% sihat dan cuma perlu follow up bila umur setahun nanti. Setakat ni demam, batuk, selsema, kembung perut atau sakit perut pun takde, moga dia terus kekal sihatlah. Lagi satu kena jumpa pakar Pediatrik bulan 2 nanti, sebab masa lahir dulu dia ada masalah hypo tu. Jadi doktor nak tengoklah tahap kesihatan dia. 

Tak sabar lagi nak tengok Aiyra terus membesar dan pandai macam²!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com