terkini dan sensasi

Ahad, 7 Januari 2018

Pensil warna tak hilang dah!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa tahun ni Airis dah masuk Pra Sekolah, pastu pra sekarang dah tak macam dulu. Dulu pihak sekolah sediakan alat tulis dan pensil warna, tapi sekarang semua kena bawa sendiri dari rumah. Airis pun seronoklah, kalau boleh semua stok pensil, pemadam, pembaris dan pengasah dia nak bawa ke sekolah. Hahahaa, pastu sedekah kat kawan²! 

Bab sedekah tu satu hal, lagi satu bab alat tulis dan pensil warna hilang. Masa dia di Pasti tahun lepas berapa kali beli pensil warna, pakai seminggu je dah hilang. Walaupun beli kat kedai RM2 je tapi kalau dah berkotak², RM2 jadi RM20. Jadi tahun ni mama nekad kena buat sesuatu supaya pensil warna tu tak lesap, tak larat dah tiap tahun nak beli banyak kali. 


Inilah caranya, ikat kesemua pensil warna dengan riben. Memang dah lama tahu kaedah ni, dari zaman kakak abang dia dulu. Tapi masa tu malas nak buat, jadi tiap kali mereka hilangkan Mas beli yang baru. Tapi untuk Airis ni mama tekad nak buat, tak boleh malas². Lagi pun nak buat dia senang sangat², tak sampai 20 minit dah siap. 

Banyak cara nak buat sebenarnya, tapi Mas guna cara tersendiri. Mas cuma guna riben dan double sided tape, pastu nak bagi kukuh dan tak tercabut Mas staplerkan kat tempat yang lekat dengan double sided tape tu. Pastu untuk cantumkan kesemua pensil warna tu Mas jahit je. Kemudian letaklah keychain untuk memudahkan Airis pegang. Boleh tengok cara² Mas buat kat gambar² ni mengikut turutan. Semudah ABC je!



Tadaaa dah siap, seronok Airis bila mama buat camni. Terus cakap, "Lepas ni mesti tak hilang dah pensil warna Airis, Airis janji tau mama! Kalau kawan nak pinjam dia kena pinjam semua kan?" Haaa kemain lagi dia, harap janji tu ditepatilah dan moga dengan cara ni pensil warna dia tak hilang. Tapi jangan dibaginya semua kat orang sudahlah, haru mama. Hahahaa!


3 ulasan:

  1. Bagus ni.... Kalau nak pinjam kena ambik semua warna sekaligus
    Hehee

    BalasPadam
  2. bagus juga, boleh apply dekat rumah jugak, pensil warnah anak pun berterabur, kadang dah hilang warna lain. huhu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com