Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 2 Januari 2018

Selamat bersekolah anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Bermulalah mukasurat baru di halaman buku anak² di tahun 2018, hari ni dah kembali memulakan persekolahan. Semalam memang mama dah perabat masuk bilik awal, pukul 9 malam semua dah dipaksa tidur. Mama tutup lampu dan TV, jadi masing² tiada pilihan terpaksalah tidur!

Tahun ni ada kejutan sikit, kakak Atikah dah tak tinggal di asrama. Bukan Mas dan husband tak benarkan tapi dia yang tak mahu. Puas dah kami tanya dan paksa jugak tapi dia buat tak tahu je, sampai ke hari semalam pun Mas masih pujuk suruh balik ke asrama. Jawapan dia tetap tak mahu, jadi sebelum mama jadi singa lebih baik diam. Mas tak mahu memaksa sangat, tak kisahlah dia tinggal di asrama atau tak tapi janji dia nak sekolah. Itu dah syukur bagi Mas!


Arfan dan Airis pulak di sekolah yang sama, abang di darjah 6 dan Airis di Pra Sekolah. Senang sikit di sekolah yang sama, bolehlah abang tengokkan adik walaupun hanya sempat setahun je. Arfan dah nak periksa UPSR tahun ni, harap dia dah bersedia dan mampu lulus peperiksaan nanti. Yang ni kena pantau lebih sikit, kalau tak dia ingat main je dan lupa nak periksa penting. Airis pulak bermula langkah dia di alam persekolahan sebenar, ada jugaklah sikit drama airmata bila sampai sekolah tadi. Tapi mama cepat² suruh babah balik, kang lagi panjang dramanya. Hehehee!

Sunyilah rumah bila anak² dah bersekolah, mama yang cuti lagi ni ditemani Aiyra jelah. Nak memasak untuk abang kakak pun kenalah berperang sikit dengan Aiyra, harap dia behave! Mas pulak seronok rasa bila dapat cuti lama ni, boleh luangkan masa lebih lama dengan anak². Nanti dah kembali bekerja makin kuranglah masa tu, kena pandai bahagi²kan. Alangkah seronok kalau dapat setiap hari camtu kan, kena pencen awallah kalau camni. Hehehe!

Selamat bersekolah anak², belajar baik² dan dengar kata guru. Moga ilmu yang dipelajari berkat dan anak² mampu hadapi peperiksaan dengan jaya. 

3 ulasan:

  1. mesti ada sebab dia xnk dok asrama. cm saya dlu. sbb xde kawan. syahdu wooo

    BalasPadam
  2. seronok tengok anak2 kak mas semua dah besar2, dah sekolah semua...aiyra pun akan ikut jejak kakak2 dan abgnya kemudian hari. InsyaAllah amiin

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com