Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 15 Januari 2018

Selesai urusan sunat Aiyra

Assalamualaikum...(^ ^)

Mulanya masa Aiyra umur 2 bulan Mas cadang nak pergi sunatkan dia, yelah masa umur tu dia tak lasak sangat lagi jadi senang nak buat. Tapi entah kenapalah asyik lupa je mama dia, fuhhh banyak urusan nak buat camne. Bila dia dah 3 bulan lebih ni barulah ingat, itu pun kakak Atikah yang tanya. Haaa kalau dia tak tanya sampai ke sudah Aiyra tak bersunat. 


Sebelum nak pergi tu Mas telefon dulu Klinik Maria di Putrajaya, memang cadang nak buat kat situ. Bila dah tanya katanya hari Ahad ada sunat untuk baby, dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Boleh datang mana waktu yang sesuai, doktor sentiasa ada. Jadi semalam kebetulan husband off day, terus Mas ajak dia pergi. Tak nak tangguh dah nanti lupa lagi, pastu ditambah dengan Aiyra dah makin lasak.

Sampai di klinik terus uruskan pendaftaran, dah selesai sekejap je nama dipanggil. Masuk dalam bilik pemeriksaan tu Aiyra dah mula merengek, bila letak atas katil terus dia menangis. Masa jururawat pegang kaki dia tu lagilah kuat dia menangis, bukan takut tapi tak suka kaki dia dipegang. Puas jugak Mas nak tenangkan dia, sebab masa sunat kakak Atikah dan Airis dulu takdelah menangis beria.


Bila Aiyra dah tenang sikit barulah doktor sunatkan dia, masa buat tu dia tak nangis pun. Merengek sikit je, mungkin terasa sikit sakitnya. Sekejap je, tak sampai seminit dah siap. Keluar je dari bilik tu terus abang Arfan cakap, "Haaa sekejapnya Aiyra kena sunat, kenapa masa abang lama." Hahahaa, tergelak mama dengar! Mama cakaplah, "Sunat perempuan memang sekejap, tak sama macam lelaki. Proses dan cara pun berbeza." Nasiblah dia faham, kalau tak letih nak jelaskan camne kan?

Alhamdulillah lega bila dah selesai tunaikan kewajipan pada Aiyra, big girl dah Aiyra mama. 

8 ulasan:

  1. nampak ceria je muka aiyra...masa anak sunat ,saya suruh adik yang masuk..sebab saya kalah ..mesti nak menangis..hati tisu..hehehe

    BalasPadam
  2. oh jadi betul la ye kalau perempuan pun kena sunat. ingtkan tu acah2 je. haha maklumlah takda anak lagi ... ni baru tau ..hehehehe

    BalasPadam
  3. yeay! Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik. good girl aiyra!

    BalasPadam
  4. good girl.. kena hiris sket jer..

    BalasPadam
  5. Memang kena buat seawal usia sebulan dua kan, kalau tak anak dah pandai kona sana sini, susah nak adjust..hehe

    BalasPadam
  6. Haha. Comel betul soalan abangnya

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com