Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 8 Januari 2018

Tamatlah riwayat pinjaman ASB

Assalamualaikum...(^ ^)

Mulanya malas nak cerita kisah pahit camni, tapi ramai dok tanya bila Mas tulis status kat Facebook dan Instagram. Jadi Mas ceritalah sebagai peringatan dan pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain. Bila Mas tulis status di FB tu ada jugak kawan² yang komen kata mereka pun pernah terkena macam Mas, jadi Mas kenalah kongsi untuk kebaikan bersama.

Mas buat pinjaman ASB ni tahun 2007, kiranya tahun 2017 genap 10 tahun dah. Mas pinjam RM30k dan bayaran bulanan RM179 sebulan, potongan melalui auto debit setiap 1hb. Bila tiba 1hb Mas akan semak melalui Maybank2u samada dah dipotong atau tak, setiap bulan akan buat camtu. Memang tak pernah ada masalah dan setiap bulan potongan ada, dari mula pinjam sehinggalah 1/12/2017.

Mas sedar ada masalah dengan pinjaman bila tengok bonus dan dividen ASB pada 2/1, Mas tak dapat pun. Pelik jugak kenapa tak dapat, jadi terus Mas semak penyata ASB untuk tahun 2017. Rupanya pada bulan 11 pihak bank dah jual balik sijil pinjaman, tanpa beritahu Mas. Tiada notis, tiada hitam putih dan tiada panggilan langsung dibuat untuk maklumkan tentang penjualan tu. Patutlah dalam awal bulan 11 tu Mas ada terima duit masuk sebanyak RM4k dari bank, masa tu tak tahu pun itu duit apa. 


Memang sakit hati dan geram, kenapalah bank buat camni tanpa bagitau pelanggan. Terus Mas ke Maybank Putrajaya untuk tahu apa masalahnya sampai pinjaman kena berhenti camtu je! Bila dah jumpa staf bertugas katanya pinjaman Mas adalah masalah bayaran mulai bulan Julai 2017, ada tunggakan katanya. Haihhh panas hati jugak Mas bila dia cakap camtu, sebab Mas tengok bank tak pernah tak potong setiap 1hb melalui auto debit tu. Jadi tak akanlah ada tunggakan pulak, Mas ada simpan rekod auto debit yang bank potong tu. Satu lagi buat Mas mengamuk kenapa bank tak pernah nak telefon Mas bagitau kalau bayaran ada masalah, bukan ke itu prosedur bank?

Tapi mengamuk dan bertekak dengan orang bank tu pun memang tak selesai masalah, macam² alasan dia. Pastu senang² dia suruh Mas mohon pinjaman baru, mudahnya cakap. Pastu kata dia kalau nak tahu apa punca sebenar kena pergi Maybank Centre kat KL, kat situ yang uruskan semuanya. RM4k yang Mas dapat awal bulan 11 tu rupanya ganjaran yang bank bagi lepas dah jual sijil ASB tu dan tolak hutang pinjaman. Memang tak berbaloi langsung bagi Mas, dah 10 tahun bayar banyak tu je dapat. 

Bila tahu ada jugak kawan² yang pernah kena, Mas rasa ini permainan marketing bank je. Saja buat camtu supaya pelanggan mohon pinjaman baru, baik punya marketing dia. Mas pun tak pergi lagi centre untuk tahu apa masalahnya dan dapatkan hak Mas. Macam malas je nak pergi, husband pun cakap tak perlu pergi. Bukannya apa, nanti berhabis masa dan duit pergi tapi hak tak dapat. Tahu dah urusan dengan bank ni camne, memang mereka nak kita mohon pinjaman baru je. 

Banyak sebenarnya nak cerita pasal keburukan bank ni tapi malaslah, takde faedah pun. Mas redha jelah, mungkin sampai setakat ni je rezeki Mas dengan pinjaman ASB tu. Ikut kan memang tak puashati dengan ganjaran diterima tapi malaslah nak pergi bertekak dengan orang bank tu. Nak mohon pinjaman baru pun memang tak dah, Mas dah serik. 

Jadi untuk kawan² yang ada pinjaman ASB dengan Maybank tu rajin²lah semak setiap tahun, jangan jadi macam Mas biarkan je. Tup² pinjaman dah diberhentikan, diri sendiri yang naya!

19 ulasan:

  1. Patut Mas buat aduan melalui email ke Bank Negara dan c.c ke bank tersebut...bank bank ni bila kita adukan ke Bank Negara, cepat je diorang feed back...dan Bank Negara sendiri memang prihatin dengan aduan kita...jangan biarkan je..sebab kadang kadang hak kita tidak dipedulikan...

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  3. kesian kak mas, kalau ikutkan bank boleh kena tindakan sebab memang tak ada notis langsung! IQ baru nak buat pinjaman ASB tapi jadi takut bila jadi macam ni...huhu.

    4k memang tak berbaloi kak mas, sebab kalau tempoh 10tahun kak mas bayar sahaja pun dah 20k++..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg rare case ni. Naiya kat org yg buat loan. 10k loan dpt 4k? Tp if tiap tahun amik dividen mungkin untung juga. Bukan hanya 4k kan mas? Or camner? Interested gak nak tau.

      K azni buat loan 200k so far ok laa.. baru nak masuk thn ke 4

      Padam
    2. Mmg akan dpt sikit..yg kita bayar bulan2 tu bukan 100% duit kita..tsrmsuk keuntungan bank skali..cth kalu kita bayar 300...maybe 100 atau 150 je yg betul2 kita simpan...yg balance adalah bayaran bank

      Padam
  4. Aiseh boleh plak bank buat camtu sesuka hati je, i yg baca ni pun rasa geram

    BalasPadam
  5. Rugilah..spatutnya kalau dh cukup tempoh dapat blk duit 30k tu kan..

    BalasPadam
  6. Qis punya pinjaman pun dah dijual tapi sebab ade tunggakan. baru tiga tahun tapi dah lega sebab tak pening dengan pinjaman ni dah

    BalasPadam
  7. ermm... auto debit ke yg prob tu. adoih.. geram plak kisahnya. company akak x tolak ke cane. aish.. ye la. bank supposed call tu.

    BalasPadam
  8. Hmm .. isteri saya awal dulu dah tamatkan pinjaman ASB ni, rasanya dalam tahun ketiga la. Itupun lepas baca ebook dari Abang Ensem ttg cara-cara nak melabur dalam ASB ni. Dapat banyak juga masa tu, tak perlu pun tunggu sampai 10 tahun .. dan tak ada lagilah hutang yang kena bayar.

    BalasPadam
  9. Mmg rare case ni. Naiya kat org yg buat loan. 10k loan dpt 4k? Tp if tiap tahun amik dividen mungkin untung juga. Bukan hanya 4k kan mas? Or camner? Interested gak nak tau.

    K azni buat loan 200k so far ok laa.. baru nak masuk thn ke 4

    BalasPadam
  10. geramnya baca mas, mas boleh report kat bank.negara klu kes macam ni, sebab BNM monitor operation setiap bank. kalau ramai terkena macam ni senang jela diorang kaut untung

    BalasPadam
  11. takutnya kak. asben kite baru nak buat loan asb 50k. akk cerita ni jd takut pulak.. awal2 ok laa.. nanti dah 10tahun lg ke.. masalah xtau

    BalasPadam
  12. Risau juga..sbb ada buat pinjaman ASB macam k.mas ni pun...Kali kedua. Yang pertama okey lagi.. baik k.mas buat aduan. Memang tak berbaloi dpt 4K jer.

    BalasPadam
  13. risau gak kne cm kak mas. kita pun buat asb dgn mybnk. sslu check gak tgok dia tolak duit ke x bila 1hb. 2 thun xpernah tntut dividen. nsib ad dividenya. lpasni kne rajin2 g tgok asb.

    BalasPadam
  14. Setuju cadangan Hayati Ghazali tu...
    Tuntut sehabis baik...klu x lemak bank2 ni...

    BalasPadam
  15. terbaik..so far ok lagi aku punya..buat 2007 gak

    BalasPadam
  16. saya join dh 5thn x mampu bayo dah. tutup pon dpt dkt 3k.. dividen mmg tiap2 tahun amik..

    BalasPadam
  17. Allah.. takutnya bila dengar macam ni.. bank pun dah terdesak ambil hak orang... Allah...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com