terkini dan sensasi

Selasa, 6 Februari 2018

Aiyra jumpa Pakar Pediatrik

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni lagi sekali Mas ke Hospital Serdang, Aiyra ada temujanji dengan Pakar Pediatrik pulak. Takde apa masalah yang serius pun tapi sekadar follow up jumpa pakar je, kan masa lahir dulu Aiyra 5 hari di wad NICU kerana masalah gula rendah atau dipanggil hypoglycemia


Jadi selepas 4 bulan memang dia kena datang jumpa pakar untuk periksa tahap kesihatan dan tumbesarannya, samada mengikut umurnya atau tidak. Perkara ni penting sebab bayi yang pernah ada masalah hypoglycemia ni perlu dipantau, supaya tidak terlebih berat badan atau terbantut tumbesarannya. Ia jugak mempengaruhi kebarangkalian bayi akan mengidap diabetes di usia muda, jadi tak boleh pandang remeh tau!

Malas sekali pun atau bosan nak tunggu lama² di hospital Mas tetap kena ikut temujanji tu, tak boleh tak pergi. Walaupun Aiyra membesar dengan sihat setakat ini dan tiada masalah tapi masalah dalaman dia Mas tak tahu kan, sebab itulah kena pergi temujanji yang ditetapkan. Bila doktor pakar dah sahkan tiada masalah serius dan Aiyra betul² sihat barulah boleh tarik nafas lega kan?


Alhamdulillah temujanji tadi berjalan lancar, timbang berat dah 6.06kg si kecik tu dan tinggi pulak 63cm. Nampak je badan kecil comel tapi semangat tau, tangan mama pun lenguh bila dukung dia. Doktor pakar pun bagitau kesihatan Aiyra bagus, berat dan tinggi dia sesuai dengan umurnya. BMI pun cantik, jadi tiada masalah berat badan berlebihan atau tumbesaran terbantut. Jadi selepas 5 bulan nanti kena datang untuk temujanji lagi, doktor nak tengok lagi perkembangan kesihatan dan tumbesarannya. 

Setakat ni Mas lega sebab Aiyra tiada masalah dengan tumbesaran dan kesihatan dia pun baik. Moga Aiyra terus membesar dengan sihat!

4 ulasan:

  1. semoga aiyra sentiasa sihat :D

    BalasPadam
  2. tak sempat2 lagi nak jumpa dak bam2 ni,moga terus sihat ye..

    BalasPadam
  3. Amiin, moga senantiasa membesar dengan sihat aiyra!

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah anak membesar dengan jayanya

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com