Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 12 Februari 2018

AJL32 milik Jampi!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mulanya tak ingat sangat pun pasal Anugerah Juara Lagu 32 ni sebab takde nafsu pun nak tengok, tapi sekali terbuka channel TV3 teruslah tonton je. Lagu² yang bertanding pun tak tahu sangat, tapi disebabkan lagu Jampi bertanding terus tunggu sebab lagu kegemaran Mas ni.

Walaupun nyanyian Hael semalam agak tak menarik sebab dia ubah melodi lagu tu, tapi memang tepatlah jangkaan Mas lagu tu akan bergelar Juara Lagu. Berhantu wooo lagu tu, Mas siap buat ringtone kat handphone lagi. "Dan bila kau hadir bagai satu misteri, terasa diriku bagai sudah dijampi!"

foto ihsan Berita Harian


Haaa habis lagu Jampi terus tukar channel, sebab dah ala² bosan. Keputusan penuh pun Mas tak tahu, hari ni baru gigih google. Memang sejak Datuk Siti Nurhaliza tak bertanding dan format pertandingan AJL dah banyak berubah, Mas tak tengok dah AJL ni. Kalau tertengok pun sebab ada satu dua je lagu yang Mas suka, yang lain tu macam hambar sangat. Tak macam zaman ada kategori Balada, Pop Rock dan Irama Malaysia dulu, semua lagu yang bertanding best². Pastu artis yang masuk pun semua otai², vokal pun mantap. Tapi sekarang yang masuk kebanyakkan artis baru, yang ada satu single atau satu album je. Kadang tu nyanyi live pun tak power sangat vokalnya!

Apa pun tahniah pada Jampi dan Hael, menepati ramalan. Tahniah jugak pada pemenang yang lain dan ini keputusan penuh AJL32 semalam.

Juara Lagu : Hael Husaini | Jampi
Naib Juara : Azmi Qaliph Buskers | Sejati
Tempat Ketiga : Haqiem Rusli | Tergantung Sepi
Persembahan Terbaik : Altimet | Amboi
Vokal Terbaik : Syamel & Ernie Zakrie | Aku Cinta
Penyanyi Pilihan Samsung : Khai Bahar

3 ulasan:

  1. Tak dapat nak tengok pun semalam tak berapa sihat, hari ni dapat tengok balik memang bestt Hael Husaini nyanyi kan. :)

    BalasPadam
  2. tahnia semua. semua dah kena jampi ni. hahahhaa

    BalasPadam
  3. Ema layan sambil gosok baju kerja dan sekolah... tahniah pemenang..majoritinya orang baru

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com