terkini dan sensasi

Sabtu, 3 Februari 2018

Bapa durjana!

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam kita dikejutkan dengan berita yang sangat menyayat hati, adik comel Nur Aina Nabihah menjadi korban di tangan bapa sendiri akibat didera. Bapa durjana, itu saja gelaran yang paling layak Mas berikan pada dia. Luluh rasa hati bila baca berita, terkenang derita yang ditanggung anak kecil tu. 



Bagi Mas tak salah nak marah anak atau rotan sampai mereka menangis sekali pun tapi jangan sesekali mendatangkan kecederaan. Mas rotan anak tapi tidak memudaratkan mereka, hanya rotan di tapak kaki atau tangan sebab anggota tu paling cepat hilang sakitnya. Tak boleh kawal kemarahan, ye semua ibu bapa camtu kalau anak buat hal. Tapi tak perlulah sampai mendera kalau hal itu sekadar yang remeh temeh, dan kalau hal berat sekali pun cukup sekadar rotan untuk pengajaran.

Kadang Mas terfikir, apalah perasaan orang camni bila dia dera anaknya sendiri. Adakah masa pukul tu dia anggap anaknya umpama seekor binatang, boleh dipukul sesuka hati. Jiwa dirasuk syaitan camtulah agaknya, iman tebal didada pun tak dapat menghalang. Usus koyak, buah pinggang rosak dan patah kedua tulang rusuk, Masya Allah menitis airmata membacanya. Pastu hinggakan anak kecil tu terkencing saat dipukul dan dipijak oleh bapanya, kejam sungguh kau ni bapa durjana!

Ya Allah moga bapa ini dapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya, biar dia dihantui bayang² anaknya yang dah mati tu setiap masa. Biar dia rasa derita hati dan jiwa sebelum dia menemui ajal, mati dalam rasa bersalah. Mungkin hukum dunia tak berat baginya, tapi jawaplah dengan Allah nanti. 

Al-Fatihah untuk adik comel Nur Aina Nabihah binti Muhammad Abdullah, syurga tempatmu wahai anak. Huwaaa sebak, terus peluk anak²! 

6 ulasan:

  1. mmg durjana...apa la perasaan dera ank smp mcm tu skali..sedih baca

    BalasPadam
  2. Memang sedih..ramai orang nak anak tak merasa diberi rezeki tu.Yang dh dapat tak menghargai. Allahu

    BalasPadam
  3. siannya kat anak kecil ni...ayahnya sgt kejam menganiaya anak sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg dia ni x layak di gelar bapa klu ikut hati nak aje aku pergi balai tpt dia di tahan biar aku pulak pijak dia smpi mampus mmg babi,anjing punya manusia syaitan apa yg rasuk si bahalol ni

      Padam
  4. Ko mmg x layak di gelar bapa pukimak ko ni klu ikut hati nak aje aku pergi balai tpt ko kena tahan biar aku pulak pijak ko smpi mampus

    BalasPadam
  5. Tu la.. sedij sangat bila baca berita ni.. kebelakangan ni byk sgt berita sedih.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com