terkini dan sensasi

Selasa, 27 Februari 2018

Camne nak kekal menulis setiap hari

Assalamualaikum...(^ ^)

Setakat ni dalam tahun 2018 masih mampu lagi tulis blog setiap hari, dari tarikh 1/1/18 hingga semalam 26/2/18 masih kekal 1 hari 1 entri. Walaupun dihalang oleh kekangan masa, idea, sibuk uruskan anak² dan rumahtangga tapi masih jugak dipermudahkan, muncul jugaklah entri setiap hari.

Camne nak kekal dan camne nak konsisten, bukan mudah wooo terutamanya bab idea dan masa. Kalau idea tu tak nak muncul² memang bawa ke petang atau malamlah baru ada entri, jenuh perah otak. Pastu walaupun masih bercuti dan orang tengok macam banyak masa terluang, sebenarnya tak pun. Lagilah tak cukup masa sebab macam² nak kena buat, bila Aiyra tidur masa itulah nak pam susu dan uruskan rumah. Sedar² blog belum update, mulalah terkejar² nak menulis. 


Jadi untuk kekal tulis setiap hari Mas kena manfaatkan masa yang terluang, ada je idea dan masa terus tulis draf dulu dan simpan. Dapat 2-3 draf cukuplah untuk 2-3 hari, nanti dah lengkap terus publish je. Macam masa Mas bercuti ke Langkawi tu Mas tetap kekal update setiap hari kan, sebabnya Mas dah susun dari awal entri apa nak tulis. Mas tulis tajuk dulu ikut perancangan percutian dan tempat mana nak dilawati dan kisah apa nak dikongsi, bila malam sikit Mas karanglah ayat. Masukkan gambar dan perbetulkan mana yang patut, terus set tarikh dan masa untuk publish esok harinya. 

Sebenarnya bila bercutilah seronok, mudah nak dapat idea tulis entri. Kalau dok kat rumah je memang jenuh fikir dan fikir idea, tengok anak dan tengok sekeliling masih takde idea. Buka blog kawan dan buka entri lama, haaa masih tak membantu. Akhirnya saat nak masuk tandas baru idea muncul, hahahaa! 

Cuma nak kekal menulis setiap hari ni, pokok pangkalnya pada kita. Kalau rajin, maka pasti ada entri. Tapi kalau malas, ada idea dan masa pun tak guna jugak. Disiplin tu kena ada

Haaa ada jugak idea tulis entri untuk hari ni walaupun dah jam 6 petang! 

5 ulasan:

  1. kena disiplin dan bersemangat jer
    tahun nih pun saya cuba nak disiplin menulis
    hehehe

    BalasPadam
  2. kakshaz baru nak start menulis balik stelah btahun tinggalkan.. haha..jemput join GA ya..

    https://byshaz.blogspot.my/2018/02/welcome-to-bare-essentials-giveaway.html

    BalasPadam
  3. hebatlah dapat menulis 1 entri sehari..saya cuba nak buat masa, tapi tak dapat..sekarang target saya dah reduce ke 3-4 entri seminggu..inipun kadang-kadang tak tercapai jugak..huhu

    BalasPadam
  4. Bab2 update entri ni kena rajin kan Mas.. kalau malas ke laut laa blog kita tu nanti..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com