terkini dan sensasi

Khamis, 15 Februari 2018

Cuti² Langkawi 2018 : 6 jam Mangrove Tour

Assalamualaikum...(^ ^)


Akhirnya dapat jugak pergi 6 jam Mangrove Tour ni, lama dah teringin nak pergi setiap kali bercuti ke Langkawi. Tapi memandangkan bajet selalu tak mencukupi jadi mampu tengok je, kali ni barulah rancang betul² dan sediakan duit secukupnya. Walaupun kosnya agak mahal tapi berbaloilah dengan pakej yang ditawarkan, cuma tak puashati sikit² tu memang ada jugaklah. Tapi takpelah buat tak tahu je, janji anak² seronok. Merasa pengalaman sekali seumur hidup sudahlah kan?

Nak cari agen untuk Mangrove Tour ni banyak kat sekitar Pantai Cenang tu, pilih je mana yang bersesuaian. Pastu kena pandai cari agen mana yang tawarkan harga berpatutan serta setimpal dengan aktiviti yang akan dilakukan, jangan indah khabar dari rupa sudah. Kami memilih Iann Enterprise (0124948163 - Shukur) untuk pakej 6 jam Mangrove Tour ni, murah rezeki kami sebab dia bagi harga diskaun. Harga pakej sebenar untuk seorang dewasa adalah RM160 dan untuk seorang kanak² RM100, tapi kami dapat harga diskaun iaitu RM130 untuk dewasa dan RM80 untuk kanak². Semuanya RM550 untuk 6 jam Mangrove Tour, berbaloikah?





Bagi Mas berbaloi sebab ada 7 aktiviti disediakan berserta pakej makan tengahari di Restoran Terapung, haaa setimpal kot dengan harga tu. Pastu ada pemandu pelancong lagi, dia siap bagi penerangan lengkap lagi di setiap aktiviti yang kami jalankan. Keselamatan kami di dalam bot jugak diutamakan, dan kapten pun mahir memandu bot ke setiap destinasi. Antara aktiviti yang disediakan ialah Fish Feeding, Monkey Feeding, Eagle Feeding, menyusuri sungai di hutan paya bakau, masuk ke Gua Buaya, masuk ke Gua Kelawar dan mandi manda di pantai peribadi.

Mas paling teruja dengan aktiviti beri makan helang tu, seronok tengok. Bijak helang² tu, bila mereka dengar bunyi deruman enjin bot terus berpuluh² ekor keluar. Mereka dah tahu ada makanan akan diberikan, tabur je dalam laut terus berebut mereka menyambar makanan tu. Kalau bernasib baik masa beri makan tu boleh tengok helang putih, helang ni susah sikit nak jumpa sebab tak banyak. Kalau helang merah tu memang banyak!





Aktiviti lain² pun seronok jugak, anak² puashati. Terutamanya aktiviti bagi ikan dan monyet makan. Baling je roti dalam air berebut² ikan makan, pastu monyet pun sama. Tapi ada jugaklah beberapa benda yang tak puashati sikit, macam tak boleh masuk ke dalam Gua Buaya sebab air pasang. Gua tu rendah je tapi bot yang kami naik tinggi, itu yang tak lepas. Kalau air surut memang dapat masuk, hanya ambil gambar kat luar gua je. 

Haaaaa itulah pengalaman Mas pergi 6 jam Mangrove Tour ni, ada yang manis dan ada jugak yang pahit. Tapi takpe janji berbaloi dengan wang ringgit yang dibelanjakan, pastu anak² seronok dan yang penting kenangan tu yang mahal!





2 ulasan:

  1. Teringin nak pergi sini juga... cantik tempatnye

    BalasPadam
  2. Mangrove Tour tak pernah buat lagi. Next trip!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com