terkini dan sensasi

Jumaat, 16 Februari 2018

Cuti² Langkawi 2018 : Langkawi Skycab

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari keempat Mas dan keluarga di bumi Langkawi, lega sangat sepanjang berada di sini cuaca elok cerah. Walaupun agak panas tapi takpe, senang sikit nak jalan² kan? Terutamanya pergi ke Langkawi Skycab ni, memang sentiasa doa hari tak hujan dan cuaca berkabus. Kami pernah 2 kali pergi kena musim hujan dan berkabus, memang syok sebab sejuk tapi nak ambil gambarlah tak syok sikit sebabnya tak nampak apa². Putih berkabus je, macam berada di atas awan gitu!



Dah datang ke Langkawi tak sah kalau tak naik Skycab ni walaupun dah banyak kali datang, tak lengkap rasanya percutian tu kalau tak naik. Mulanya Mas nak rasa pengalaman naik gondola yang ada kaca kat bawah tu, tapi bila tengok harga terus terkedu. Seorang je RM105, kalau kami 5 orang dah RM525. Fuhhh tak mampulah, lebih baik guna duit tu pergi beli coklat. Kalau anak² tak ramai bolehlah naik, syok jugak rasa pengalaman tu kan? Takpelah, kumpul duit dulu pastu 2-3 tahun lagi datang boleh naik. 

Tak mampu naik gondola kaca kami beli pakej tiket basic je, itu sajalah yang paling murah. Boleh naik SkyCab, masuk ke SkyDome dan SkyRex serta ke 3D Art Langkawi. Tapi masa kami pergi ni tempat SkyRex tu tengah dalam renovation, jadi tak bolehlah masuk. Jadi harga tiket dikurangkan sikit, dewasa RM35 seorang dan kanak² RM25 seorang. Pastu untuk ke SkyBridge kami memilih naik SkyGlide lah, malas nak penat² panjat tangga kan? Harga tiket RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak², boleh beli siap² kat kaunter bawah atau nak beli bila dah sampai atas pun boleh.





Pakej² lain pun banyak, boleh je tengok kat website www.panoramalangkawi.com. Boleh jugak semak jadual operasi Skycab dan harga tiket kat situ, sebabnya kadang² ia berubah mengikut keadaan semasa. Kalau ada tempat² yang tengah dalam pembaikan, mungkin harga tiket dikurangkan atau jadual operasi tu berubah ikut keadaan cuaca. Jadi sebelum pergi tu rajin²lah tengok kat website mereka dulu, baru boleh rancang aktiviti tu dengan betul.

Pastu lagi satu perkhidmatan jurugambar mereka memang selalu ada, kat bawah mahu pun dah sampai di atas. Sekarang ni kat atas SkyBridge tu pun ada khidmat jurugambar, sedia duit je kalau nak beli gambar² tu. Macam Mas belilah jugak gambar kat atas Skybridge tu, sebabnya dapatlah gambar yang cantik sikit tanpa ada orang penuh kat belakang. Sekeping gambar dijual dengan harga RM35, kalau beli sekali dengan keychain harga RM40. Bolehlah buat kenangan kan, cantik!


Lagi pun nak bergambar kat atas Skybridge tu agak susah sikit bila orang ramai kan, kena pandai sesuaikan dengan keadaan. Macam kami dapatlah jugak bergambar satu keluarga atas Skybridge tu, guna tripod dengan handphone Note5 je. Adalah jugak gambar kenangan dari kamera sendiri dan yang beli dari jurugambar, hehehee!






3 ulasan:

  1. Haida maaih belum berani nak naik cable car ni... tengok org pergi rase seronok je

    BalasPadam
  2. lamanya tak pi melancong kat sana sejak dah beranak ni

    BalasPadam
  3. lama tak pergi sini
    harga tiket pun dah naik dah
    hehehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com