Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 7 Februari 2018

Kena lebih disiplin

Assalamualaikum...(^ ^)

Nak hilangkan kg yang dah bertambah dalam badan ni bukannya senang tau, kena disiplin dan yakin boleh. Kena ingat semula masa mula² berdiet dan jaga pemakanan dulu, ambil semangat tu. Kena ingat berjaya turunkan dari 84kg ke 65kg, memang tak mudah masa tu tapi disiplin tinggi.


Jadi sekarang nak dapat kembali rentak tu bukannya mudah, kena mula sikit demi sedikit. Mas mulakan dengan pemakanan, dah berjaya kembali ke makan secara sihat dan bersih. Walaupun belum 100% bersih sebab kadang tersasar jugak, tapi Mas masih mampu kawal. Yang manis, masin, berminyak dan berlemak memang jarang ambil, yang 4 ni kenal kawal ketat sikit sebab mudah terbabas tau.

Setakat ni pengurangan berat tu belum banyak lagi kg yang hilang, berat ideal yang diidamkan tu tak capai lagi. Masa lepas bersalin berat Mas 73kg, pastu dalam pantang berjaya turunkan ke 68kg. Pastu lepas habis pantang tu agak tersasar kembali pemakanan maka naik semula ke 70kg, haaa siapa yang salah. Pastu Mas tak aktif bersenam, sebab tu kalori payah sikit nak bakar. Nak hilangkan 1-2kg dalam seminggu, itu target sekarang. Nak dapatkan semula berat sebelum mengandung 63kg, dah capai berat ideal yang diidamkan iaitu 60kg. Bertahun dah idam 60kg tu, tak capai². 


Jadi mulai minggu ni Mas dah kembali bersenam setelah hampir setahun berehat, masih tercari² rentak. Permulaan ni Mas mulakan dengan yang ringan dulu, Mas buat cabaran squat. Bukannya apa nak kuatkan kaki dulu sebelum mula yang lebih mencabar dan berjogging. Squat ni memang bagus untuk kuatkan kaki, kecilkan peha dan punggung serta kempiskan perut. Masa mula buat tu perghhh sakit dia jangan cakaplah, rasa nak demam. Mana taknya dah lama tak bersenam kan, urat² dan lemak² terkejutlah. Ni dah hari ke-3 baru rasa kuat kaki, dah boleh buat senaman cardio yang lain. 

Haaaaa nak bermula kembali ke gaya hidup sihat ni tak mudah bila kita dah lama berhenti, sebab itulah bila dah mula kembali kita kena lebih disiplin. Jangan harapkan hasil yang cepat, yang penting kita bermula dan terus konsisten.

3 ulasan:

  1. saya pun dah lama tinggalkan aktiviti senaman ni..entah bilalah nak start balik

    BalasPadam
  2. memang susah untuk jaga pemakanan ini,kena rajin usaha dan tekad untuk membuat sesuatu , jemput ke http://www.vitaminwawa.com/ , terima kasih ...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com