Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 5 Februari 2018

Kena positif dan positif

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas akui masa Aiyra ni susu badan memang agak berkurangan, tak sebanyak masa Atikah, Arfan dan Airis dulu. Mungkin faktor hormon dalam badan atau umur kot, yelah nak dekat 40an dah. Bukannya Mas tak makan supplemen atau makanan untuk tambah susu tapi memang tak semeriah dulu, sekali pam selalunya boleh dapat 6oz je. Dua belah tau, tak macam dulu sebelah je dah 6oz. 


Tapi walau tak meriah Mas tetap kena posiftif, kena sentiasa fikir yang susu tu mencukupi untuk Aiyra sehingga dia berusia 2 tahun. Kalau Mas putus asa dan berfikiran negatif, maka pengeluaran susu pun akan negatif. Dia akan ikut mood kita tau, ini betul! Macam Mas kalau tengah nak pam tu tetiba Aiyra meragam memang sikit dapat susunya, merundum sangat. Susu macam nak tak nak je keluar, mungkin sebab tahap stress kita tinggi. Sebab itulah Mas suka pam kalau dia tengah tidur. 

Lagi satu nak pam ni kena konsisten dan ikut jadual pam yang sepatutnya, baru pengeluaran tu positif je. Tapi bila di rumah ni waktu pam Mas tu memang agak tak konsisten, sentiasa berubah waktunya. Pastu biasanya sekali sehari je dapat megepam. Bukan apa bila kita dengan anak kat rumah ni, kekangan masa itulah halangannya. Cuma Mas cuba sedaya upaya agar tetap mengepam walau sekali dan waktu pam tu tak terlalu berbeza, supaya hasilnya tetap sama. Kalau beza sejam dari waktu pam biasa Mas akan pastikan hasilnya dapat lebih!


Mas berdiet punca susu kurang, bagi Mas tidak sama sekali. Bukannya Mas tak makan pun, cuma makan secara sihat je. Ubah corak pemakanan tu dari yang berminyak, bergula, bergaram dan berlemak kepada yang bersih. Setakat Mas berdiet ni takdelah susu Mas merundum langsung, tetap boleh dapat 6oz ke 9oz sekali pam. Bagi Mas yang penting kena positif, faktor lain tu sebab musabab je. 

Moga Allah permudahkan perjalanan penyusuan untuk Aiyra sehingga umurnya 2 tahun, pastu Mas pun kena positif dan sentiasa positif.

4 ulasan:

  1. Memang kena sentiasa positif dan ingatkan baby je. InsyaAllah susu akan kembali meriah

    BalasPadam
  2. boleh cuba amalkan jus kurma ajwa sebab bagus untuk tambah susu badan...:)

    BalasPadam
  3. dulu banyak stok susu, tp xtahu mcmana nak guna. rasa mcm tak biasa bekukan susu lepas tu panaskan balik dan bg baby minum hahaha.... dah terbiasa sbb sendiri pun tak ambil minuman atau makanan yg dipanaskan semuala... sayang air susu i hahha

    BalasPadam
  4. Mcm sy jugak...ank no.4 dpt bf sampai 6 bulan je...walaupun siap minum milkbooster x de susu sgt.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com