Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 8 Februari 2018

Kos membeli makanan sihat

Assalamualaikum...(^ ^)

Ada kawan pernah tanya, berapa kos Mas beli makanan sihat untuk seminggu. Korang tahu kan, apa yang sihat ni biasanya harganya mahal sikitlah. Nak yang sihat dan segar kan memang mahallah, kena korban duit sikit. Biasa sekali beli tu memang boleh habis RM100++, itu stok untuk seminggulah.


Memanglah agak tinggi berbanding kita makan sarapan dan tengahari kat luar, kalau sehari RM10 seminggu baru RM50. Sama jugak kalau kita masak makanan yang agak tak sihat, murahlah sikit. Tapi nak sihat dan makan secara bersih kenalah belanja lebih sikit, tapi pandai²lah pilih sayuran, buah-buahan dan protein yang murah sikit.

Macam Mas suka beli sayur brokoli, baby carrot, tomato ceri dan salad je, lebih murah sikitlah sayuran ni. Pastu buah pulak cukuplah epal merah dan hijau atau oren, sedap dan makan setiap hari pun takpe. Protein pulak Mas lebih suka ikan berbanding ayam, biasa beli ikan salmon atau tenggiri je. Memang mahal sikitlah tapi nak sihat kan, belilah salmon yang dah siap packing tu. Ada 10 ketul dalam RM40++ je, boleh tahan 10 hari. Haaa jimat dah tu! Kalau poket tengah nipis, pilih telur jelah sebagai protein.


Pastu untuk karbo pulak Mas memang makan roti gandum penuh, macam² pilihan ada. Ada yang murah dan mahal, beli jelah ikut selera dan kemampuan kita. Mas lebih suka roti gandum yang ada tambahan bijirin tu, lebih sedap dan kenyang lebih lama. Kalau sarapan dan makan tengahari makan roti tu pun boleh bertahan kenyang sehingga esok. Kalau jemu roti Mas akan tukar ke wraps, suka beli wraps jenama Mission tu. Sedap dan ada macam² jenis jugak. Untuk nasi pulak, kalau nak makan Mas makan nasi putih je. Takdelah nak beli beras perang, memang lagi elok sebenarnya tapi tak mampulah. Nasi putih pun ok janji kawal pengambilannya, segenggam je untuk setiap hidangan.

Haaa gitulah nak makan secara sihat ni, memang kena berbelanja lebih sikit. Tapi hasilnya pasti kita akan lompat bintang, dahlah sihat pastu boleh kurus pulak. Sapa tak nak kan?

4 ulasan:

  1. Good info.. tengah belajar makan makanan sihat juga ni..

    BalasPadam
  2. haritu adalah jenguk-jenguk harga sayur organik..boleh tahan jugak harganya..nama pun organik kan

    BalasPadam
  3. wow kak.. bagus ni.. skrg pun nak kne kawal pgambilan makanan.. sbb berat badan naik mdadak sgt..

    BalasPadam
  4. tak adalh mahal sangat,nak sihat kena korbankan sikit belnaja tu,walaupun terlebih budget, jemput ke http://www.vitaminwawa.com/ , terima kasih ...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com