Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 13 Februari 2018

Pengalaman bawa kereta masuk ke Langkawi

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah dah selamat jejak kaki di Pulau Langkawi, hampir 2 jam perjalanan menaiki feri dari jeti Kuala Perlis. Kali ni kami bawa masuk kereta ke Langkawi, senang sikit sebab ada anak kecil kan? Lagi pun nak rasa pengalaman tu, ternyata berbeza dengan naik feri yang biasa tu.


Kami memilih perkhidmatan Langkawi Auto Express, harga yang perlu dibayar adalah mengikut jenis kenderaan dan CC. Macam kami bawa kereta Exora, harga yang perlu dibayar adalah RM360 pergi dan balik. Pastu harga tiket untuk individu pergi dan balik ialah RM24 (dewasa), RM26 (kanak²) dan RM6 (bayi). Jumlah keseluruhan yang Mas bayar adalah RM502 termasuk insuran RM12 pergi dan balik. Masa kami tempah ni dapat harga promosi, kalau nak tengok lebih lanjut boleh layari website www.langkawiauto.com.

Kalau nak buat tempahan boleh 2 bulan awal atau paling lewat 3 minggu dari tarikh kita nak pergi. Macam kami nak pergi bulan 2, bulan 12 Mas dah survey kat website mereka. Kalau bertuah boleh dapat harga promosi, jadi kenalah selalulah tengok kat website tu sebelum nak tempah. Mereka akan kemaskini harga terkini yang dikenakan, kalau ada promosi akan diberitahu.



Bila dah pilih tarikh, boleh terus buat tempahan. Nanti akan diberi beberapa pilihan jadual masa untuk feri berlepas ke Langkawi, macam kami pilih feri jam 9.00 pagi. Pembayaran pulak boleh dibuat secara online, bila dah bayar mereka akan emelkan e-Tiket dan Borang Maklumat Kenderaan. Tiket tu perlu dicetak dan dibawa semasa nak naik feri nanti, pastu borang tu kena isi dan emel semula kepada mereka beserta dengan salinan geran, salinan kad pengenalan pemandu dan covernote insurans. Bila dah lengkap isi boleh emel 3 hari sebelum tarikh pergi, nak awal pun boleh kalau takut lupa. 

Bila dah sampai jeti nanti perlu check in sejam lebih awal, masa tu perlu tunjuk salinan geran, e-tiket dan kad pengenalan pemandu. Dah naik atas feri tu boleh pilih nak lepak dalam kereta atau keluar tengok pemandangan. Feri Langkawi ni lebih besar dari feri Pulau Pinang, 3 tingkat kau! Bawah tempat letak kereta, tingkat 2 dan 3 tempat untuk lepak. Di tingkat 3 pulak siap ada bilik berhawa dingin, boleh rilek dalam tu sambil tengok TV. Ada jugak disediakan mini cafe kalau nak beli makanan atau minuman. Memang selesa sangat, 2 jam tu rasa kejap je! Feri ni akan berlabuh kat jeti Tanjung Lembung berhampiran Pantai Cenang, bukan kat Pekan Kuah tau.



Haaaaa bagi Mas berbaloi sangat bawa masuk kereta ni kalau kita ada anak kecil, takdelah susah nak angkut stroller dengan barang² lagi.  Selesa pun selesa, tak perlu nak berebut² macam naik feri biasa. Bayaran pun lebih kurang je kalau kita naik feri biasa dan sewa kereta kat sana. Jangan lupa layari www.langkawiauto.com untuk maklumat lanjut!

4 ulasan:

  1. Oh...boleh jugak ye bwk kereta. Baru tau

    BalasPadam
  2. Huda share yer.. Kebetulan ada plan nk holiday langkawi

    BalasPadam
  3. Bagus info ni. Kalau nak pergi bercuti langkawi bawak kereta pun senang nti

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com