Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 10 Februari 2018

Salad Salmon dengan Mixed Vegetable

Assalamualaikum...(^ ^)

Camne korang yang tengah berdiet dan cuba makan secara sihat tu, disiplin tak? Mas setakat ni masih mengamalkan pemakanan sihat yang bersih tu, walaupun kadang tu tersasar jugak sikit. Tapi tidaklah melampaui batas, rasa² je. Pastu bakarlah semula dengan senaman, baru konsisten kan?

Haaa pastu nak masak makanan sihat dan bersih ni senang sangat, sebab kita tak perlu nak menumis bagai. Potong² sayur dan grill protein, dah siap! Tak sampai sejam pun, makan yang segar² lagi bagus. Macam Mas memang tak suka sangat yang kukus atau bakar ni, leceh dan lambat siap. Mas suka masak cara grill je, cepat! Pastu apa yang dimakan pun rasa segar sebab Mas grill dalam seminit dua je.


Lagi satu Mas suka salad, lagi sedap dan segar. Semangkuk besar pun takpe, ratah camtu sampai licin. Ini Mas nak kongsi resepi Salad Salmon dengan Mixed Vegetable, mudah sangat nak buat. Dahlah mudah, lazat serta 100% sihat dan bersih. Sebab Mas langsung tak campur garam atau bahan perasa. 

Bahan-bahan
Sepotong ikan salmon segar
½ brokoli (dipotong)
6 biji tomato ciri (dibelah dua)
7 biji baby carrot (dipotong panjang²)
6 helai daun salad butterhead
4 helai daun salad koral merah
Serbuk lada hitam
Sepotong lemon



Cara² membuatnya
Ikan salmon segar digrill dan dihancur kasar. Brokoli, tomato ceri dan baby carrot jugak digrill pastu perasakan dengan lada hitam. Daun salad butterhead dan koral merah dihiris kasar dan dicampurkan. Kemudian masukkan je ikan salmon dan sayur yang telah digrill tadi. Gaul hingga sekata dan perasakan dengan perahan jus lemon semasa nak makan. 

Fuhhh giler senang, 5 minit dah siap. Walaupun tak campur garam dan bahan perasa, rasa manis ikan dan rasa segar sayur melengkapkan rasa salad tu. Lagilah diperah sikit jus lemon, memang terangkat! 

Haaa bolehlah korang jadikan salah satu pilihan menu sihat dan bersih. Selamat mencuba!


4 ulasan:

  1. walaupun grill tapi nampak sedap sangat! Makanan sihat pulak tu :D

    BalasPadam
  2. sedapnya, kena cuba ni , jemput ke http://www.vitaminwawa.com/ , terima kasih ...

    BalasPadam
  3. Allhamdulillah... cantik gambar nampak menyelerakan

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com