Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 14 Februari 2018

Selesa menginap di Kristinas Apartment

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah hari kedua kami di bumi Langkawi, alhamdulillah hari ni cuaca baik. Program kami hari ni adalah 6 jam Mangrove Tour, pertama kali Mas ambil pakej ni. Nanti Mas kongsi pengalaman tu di blog, hari ni nak cerita dulu mengenai tempat penginapan kami di Langkawi ni.


Memilih tempat penginapan memang perkara utama yang Mas beri perhatian, yelah nak bercuti kan pasti nak tempat yang selesa untuk rehatkan badan selepas seharian penat berjalan². Kali ni Mas memilih sebuah rumah yang lengkap, sebabnya nak jimatkan kos makan minum serta nak ada peti ais untuk simpan stok susu Aiyra. 

Mas survey di booking.com, pilih punya pilih terus berminat dengan Kristinas Apartment ni. Harga yang diberikan pun berpatutan, berbaloilah dengan kelengkapan yang ada dalam rumah ni. Untuk 5 malam RM660, kiranya satu malam dalam RM132 sahaja. Dalam rumah ni ada 2 bilik yang berhawa dingin tau, ada jugak kipas syiling kalau tak nak pasang aircond. Bilik utama dilengkapi dengan 1 katil queen, almari pakaian, meja solek dan bilik air. Bilik kedua pulak ada 2 katil bujang dan almari pakaian, selesalah 3 orang anak Mas tidur dalam tu. 



Kemudahan lain ada TV, NJoi, meja makan, sofa, seterika, iron board, peti ais 2 pintu dan yang paling best ada modem internet Maxis lagi. Haaa jimat data, satu keluarga boleh guna wifi percuma. Pastu ada jugak dapur yang lengkap, bolehlah nak memasak sarapan dan makan malam. Memang kami bawa siap² stok makanan dari rumah, setakat nak sediakan sarapan mudah² tu bolehlah. Pinggan mangkuk, cawan, sudu, garpu, pisau, kuali, periuk, rice cooker, cerek elektrik dan microwave pun ada disediakan. Memang puashati sangat! 




Nak datang ke homestay ni mula² agak susah jugak kami nak cari, sebab homestay ni masih baru lagi. Tapi pemiliknya beritahu ikut je landmark nak ke Laman Padi, memang akan jumpa. Kawasan rumah ni agak masuk ke dalam sikit dari jalan besar, kalau tak pandai nak cari pemilik akan jemput di Pantai Cenang tu dan tunjukkan jalan. Tapi bila dah tahu jalan tu memang mudahlah, dekat sangat dengan Pantai Cenang dalam 15 minit je.

Haaa kalau korang bercadang nak bercuti ke Langkawi pastu nak lama di sini, pilihlah menginap di Kristinas Apartment ni. Kalau ramai anak² pun lagi sesuai, takdelah nak berebut katil atau bilik mandi. Satu lagi nak jimat kos makan minum pun boleh, sebab ada dapur lengkap untuk memasak. Harga pun bagi Mas berpatutan dan berbaloi dengan keselesaannya. Nak tempah pun senang, kat booking.com je!


2 ulasan:

  1. lawanyaaa! nak pergo langkawi lepas raya. nasib baik akk review omstay ni.. hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com