Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 2 Februari 2018

Sudocrem : Krim untuk ruam lampin

Assalamualaikum...(^ ^)

Runsing kan bila bayi kecil kita ada masalah ruam lampin, nak pulak yang agak teruk. Kadang macam² krim dan cara kita cuba tapi tak berhasil, takde salah apa pun cuma mungkin ianya tak sesuai dengan kulit bayi kita. Yelah kulit bayi ni sensitif, kadang ada je jenis krim yang tak serasi dengan kulit mereka. Kitalah kena cuba dan usaha cari krim yang sesuai kan?

Macam anak² Mas masalah ruam lampin ni memang selalu terjadi, tapi bukanlah tahap yang teruk. Mas perasan masalah ni biasa terjadi bila diaper yang dipakai tidak sesuai dengan mereka. Haaa bukan semua diaper sesuai dengan kulit bayi, jadi kita kena cubalah beberapa jenama sehingga jumpa yang sesuai. Pastu satu lagi kalau diaper terlalu basah, memang boleh datangkan ruam lampin. Jadi kalau kulit bayi kita tu sensitif, kenalah rajin dan kerap tukar diaper. Janganlah sehari suntuk satu diaper selagi anak tak buang air besar.


Ni Mas nak kongsikan krim yang sesuai untuk ruam lampin, Mas dah guna dari masa Airis dulu. Memang serasi sangat dengan kulit bayi Mas, pastu bila guna sekejap je ruam baik. Krim Sudocrem ni memang Mas akan beli awal² sebelum bersalin lagi, persiapan untuk masalah ruam lampin anak nanti. Krim dia lembut dan tak berbau kuat, bila sapu tu bayi akan rasa selesa sebab ianya tak melekit. Tiap kali sapu tak perlu banyak sangat, sekadar sapuan nipis je dah memadai. 

Kadang ada setengah bayi sampai melecet kulit kalau kena ruam lampin ni, mesti pedih kan? Kita yang tengok pun kesian. Dengan bantuan krim Sudocrem ni masalah tu boleh diatasi, sapu je nipis² pada tempat melecet tu. Jangan risau bayi tak akan rasa pedih, malah dia buat bayi selesa dan ia merawat kulit yang melecet dengan cepat. 


Mas bukan saja cakap je tau, tapi dari testimoni Mas sendiri guna pada anak² memang ianya berkesan. Baru ni Aiyra kena ruam lampin, habis merah² punggung dia dan dah timbul biji air kecil². Apa lagi Mas terus sapu krim Sudocrem, lepas 2 hari sapu dah hilang biji air tu. Pastu kesan merah² pun dah takde, Aiyra pun rasa selesa sangat. 

Jadi korang yang ada bayi kecil tu kena ada krim Sudocrem ni kat rumah. Tapi cuba dulu sapukan kat kulit bayi korang, kalau serasi dan takde masalah boleh teruskan guna tapi kalau ada iritasi terus berhenti guna tau! Seperti Mas cakap awal tadi, kadang ada kulit bayi yang tak serasi dengan apa² krim. Beli je di mana² farmasi kalau nak cuba krim Sudocrem ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com