Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 5 Mac 2018

10 tempat menarik di Kuala Lumpur untuk keluarga

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah masuk bulan Mac kan, pastu ada cuti sekolah seminggu kan? Haaa apa lagi, bolehlah bawa keluarga jalan² atau bercuti. Rehatkan minda anak² tu dari stress dengan pelajaran, hari² dok mengadap kerja sekolah dan kelas tambahan je. Alaaa takde bajetlah nak jalan², zaman sekarang ni kena berjimat cermat. Jangan risau Kuala Lumpur kan ada, jimat bajet dan anak² pun tentu seronok dapat jalan². 

Haaaaa bawak anak² jalan² kat Kuala Lumpur je, apalah yang ada kat sana selain jalan sesak dan bangunan tinggi². Jangan tak tahu korang, Kuala Lumpur pun banyak tempat menarik yang boleh dilawati bersama keluarga musim cuti sekolah nanti. Ini Mas kongsikan 10 tempat menarik di Kuala Lumpur, ada tempat yang Mas pernah pergi dan ada yang belum. Tapi percayalah korang pasti teruja nak pergi, sebab semua tempat ni punyai tarikan tersendiri yang tak terdapat di tempat lain tau!

Mini Zoo @ KL Tower
Mas dah pernah jejak kaki ke Mini Zoo @ KL Tower ni, masa tu pergi dengan keluarga KBB9. Mas memang sarankan korang pergi, sebabnya kat sini anak² boleh beramah mesra dengan haiwan² yang jinak serta boleh pegang, sentuh, peluk dan bagi makan kat haiwan² tu. Haaa nanti bukan anak² je teruja tau, mak ayah pun sama! Pastu selain bagi makan, korang boleh kenali haiwan² di situ dengan lebih dekat. Apa habitat mereka, makanan dan tabiat mereka. Menarik kan, seronok dapat ilmu pun dapat.

Harga tiket masuk pun berpatutan tau. RM32 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak² serta warga emas, untuk kanak² di bawah ketinggian 90cm adalah percuma. Pastu ada jugak harga pakej keluarga untuk 2 dewasa dan 2 kanak² serendah RM105, fuhhh memang berbaloi. Waktu operasinya pulak setiap hari Isnin-Ahad jam 10 pagi hingga 9 malam. Untuk maklumat lanjut layari Facebook @ KL Tower Mini Zoo




KLCC Skybridge
Haaa korang pernah tak jejak kaki ke skybridge tu, kalau tak pernah kena pergi tau! Boleh tengok permandangan seluruh kotaraya Kuala Lumpur dari atas jambatan tu, teruja tau! Mas pernah naik ke KLCC Skybridge ni dalam tahun 2011, memang pengalaman menarik. Masa berada atas tu memang kena patuhi aspek keselamatan yang diberikan dan 15 minit je masa diberi untuk jalan dan bergambar atas skybridge. Tapi walaupun sekejap ianya menyeronokkan, korang kena cuba naik. 

Harga tiket pun berpatutan iaitu RM30 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak² dan warga emas menggunakan Mykad. Pastu nak beli tiket ni kena datang sendiri ke Concourse Level KLCC, kaunter dibuka seawal jam 8.30 pagi. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.petronastwintowers.com.my.




Aquaria KLCC
Ini satu lagi tarikan utama di Kuala Lumpur yang sesuai dilawati terutamanya bawa anak², mesti mereka seronok. Terletak dalam KLCC ianya menjanjikan keterujaan pada anak² sebab boleh tengok pelbagai jenis ikan dan hidupan air, pastu dapat belajar dan kenali hidupan air yang terdiri dari pelbagai spesis. Pastu kalau bernasib baik dapat tengok pekerja di Aquaria ni beri makan kepada ikan². 

Bagi yang tak pernah pergi ke Aquaria KLCC, ini harga tiketnya. Bagi pemilik Mykad harga akan lebih murah! RM49 untuk dewasa, RM39 untuk warga emas 60 tahun ke atas dan kanak² (3 tahun ke bawah percuma). Jangan lupa ke www.aquariaklcc.com sebelum pergi untuk dapatkan maklumat penting.




Zoo Negara
Ini lagi satu tempat yang anak² mesti teruja nak pergi, terutama anak² yang suka haiwan. Kalau anak² Mas memang suka ke Zoo Negara, habiskan masa seharian di sana pun mereka tak jemu. Lagilah dah ada tarikan Giant Panda Conservation Centre tu, terujalah anak² nak pergi. Dapat tengok panda depan mata sendiri memang pengalaman yang sangat berharga, selain tu dapat ilmu pengetahuan mengenai kehidupan panda. Pastu di Zoo Negara sekarang dah menarik sebab banyak haiwan yang korang boleh tengok, ada jugak Multi Animal Show dimana korang boleh lihat haiwan² yang bijak buat pertunjukan.

Harga tiket masuk pulak ialah RM44 untuk dewasa, RM16 untuk kanak² (3-12 tahun), RM21 untuk warga emas 60 tahun ke atas. Pastu dalam tu ada disediakan tram, kalau malas nak jalan kaki bolehlah naik dengan bayaran RM8 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak². Nak tahu lagi info lanjut, boleh layari website www.zoonegaramalaysia.my




Petrosains KLCC
Mas pernah sekali je pergi ke Petrosains ni, itu pun tahun 2011. Lama dah, pasti sekarang dah lebih banyak aktiviti menarik kat sana. Salah satu yang menarik kat sini ialah pelbagai pengetahuan tentang selok belok cari gali petroleum yang dijalankan oleh Petronas, haaa kalau anak² minat memang seronoklah. Lagi satu banyak aktiviti berkaitan sains dan teknologi yang boleh anak² ikuti, Mas tengok pun seronok. Kena pergi bawa anak² ni cuti sekolah nanti.

Bayaran masuk pulak sangat berpatutan, setimpal dengan pengalaman yang korang dapat. Tiket dewasa RM20, warga emas 60 tahun ke atas RM10 dan kanak² RM8 (2 tahun ke bawah percuma). Layari www.petrosains.com.my untuk maklumat terkini.



KL Tower
Ini adalah salah satu mercu tanda Kuala Lumpur yang wajib dilawati, Mas pernahlah naik sekali tapi dah lamalah. Kalau tak silap tahun 2007, masa tu tak banyak sangat tarikan menarik atas menara tu. Tapi sekarang macam² ada, memang rugi kalau tak rasai pengalaman tu. Paling Mas tertarik ialah Sky Box, iaitu sebuah tempat yang berdinding dan berlantaikan kaca setebal 3 inci dan 3 lapisan, berada pada ketinggian 300 meter di kawasan skydeck. Haaa best kan, bolehlah uji diri tu gayat ke tak.

Harga tiket kalau hanya nak jalan² di Observation Deck adalah RM32 untuk dewasa dan RM21 untuk kanak². Tapi kalau nak cuba tarikan lain di atas tu akan dikenakan tiket yang berbeza, nak maklumat lebih lanjut layari je website www.menarakl.com.my.

sumber gambar


Planetarium Negara
Anak² korang minat tentang ilmu angkasa lepas tak? Kalau minat kena pergi ke Planeterium Negara, sangat menarik untuk dikunjungi. Apa yang Mas baca, tarikan utama planeterium ialah ruang teater yang menayangkan rancangan mengenai angkasa lepas. Ruang pameran jugak meliputi kawasan luar bangunan dengan replika jam matahari Stonehenge dan lain² balai cerap purba yang dibina.

Mas memang tak pernah bawa anak² ke sana, jadi bolehlah pergi cuti sekolah nanti. Banyak aktiviti katanya yang boleh dilakukan oleh anak² di sana seperti permainan berunsur sains dan merasai sendiri pengalaman di angkasa lepas. Pastu kat sini jugaklah aktiviti melihat anak bulan atau gerhana dilakukan, wahhh menarik ni! Memang Mas kena bawak anak² ke sini. Yang menariknya nak masuk ke Planeterium Negara ni percuma je, cuma bayar untuk tengok tayangan 3D. Harga tiket ialah RM6 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak². Terus ke website www.planetariumnegara.gov.my untuk info lanjut

sumber gambar


Muzium Negara
Bagi korang yang punyai anak² yang obses pada ilmu sejarah jangan risau, Muzium Negara kan ada! Kat sana bermacam² kesan peninggalan sejarah dipamerkan, dari zaman batu hinggalah yang terkini. Pastu di luar muzium jugak ada dipamerkan pelbagai jenis pengangkutan yang digunakan pada zaman dahulu hingga sekarang seperti kereta, keretapi, kereta bomba, kereta polis dan kereta kebal Bukit Bendera. Haaa selain dapat tengok pameran, boleh timba ilmu pengetahuan serta dedahkan anak² tentang sejarah negara kita Malaysia.

Harga tiket masuk pulak cuma RM2 untuk dewasa dan kanak², RM1 untuk warga emas dan OKU serta percuma untuk kanak² bawah 12 tahun dan pelajar sekolah menengah yang berpakaian seragam lengkap. Waktu operasinya pulak dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Untuk info menarik boleh layari www.muziumnegara.gov.my.

sumber gambar 


Pusat Sains Negara
Rasanya Mas tak pernah lagi bawa anak² ke Pusat Sains ni, nampaknya adalah peluang mereka nak pergi cuti sekolah ni. Katanya banyak sangat aktiviti menarik kat sana, antaranya ada taman pendidikan diberi nama Science Wonderland. Pastu ada jugak tempat riadah dan mandi manda, pucuk dicita ulam mendatanglah kalau bawak anak² ni. Dah puas jalan² dalam tu boleh mandi manda pulak, syoknya!

Nak mandi manda percuma je tapi kalau nak masuk dalam Pusat Sains tu dikenakan bayaran RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak². Nak tahu lebih banyak maklumat tentang aktiviti² menarik kat sana layari je www.psn.gov.my.

gambar pinjam kakak punya


KL Bird Park
Haaa ni lagi satu tempat yang wajib dikunjungi kat Kuala Lumpur ni, katanya sangkar habitat burung disini adalah yang terbesar di dunia. Wahhh menarik ni, rugi sangat kalau tak pergi. Terdapat lebih kurang 3000 spesis burung dari dalam dan luar negara, banyak tu! Pastu kat sini mereka buat konsep free flight, dimana burung dibiarkan terbang bebas di dalam tu. 

Harga tiket nak masuk sini pun takdelah mahal, hanya RM27 untuk dewasa dan RM13 untuk kanak². Jangan lupa ke website di www.klbirdpark.com untuk tengok promosi² dan maklumat terkini.

sumber gambar


Haaa camne, puashati tak? Siapa sangka kan di tengah kota metropolitan tu banyak tempat menarik yang boleh dilawati, bukan hanya tengok kesesakan lalulintas je. Pastu nak pergi ke tempat² menarik ni mudah sangat sebab ada banyak pengangkutan awam disediakan seperti LRT, Komuter dan MRT. Lagi satu tempat makan dan restoran pun banyak, jadi tak perlu pening fikir nak singgah makan kat mana selepas penat jalan². 

Dah puas jalan² dan perut dah kenyang boleh pergi membeli belah pulak. Terkenal dengan syurga membeli belah terdapat banyak pusat membeli belah seperti Sogo, Mid Valley, Pavillion, One Utama, Times Square, Suria KLCC dan banyak lagi. Haaa begitulah menariknya Kuala Lumpur!

13 ulasan:

  1. Kebanyakkannya last pergi semua masa sekolah dulu je... adehhh... kena usulkan dkt asben untuk pergi ni

    BalasPadam
  2. macam2 tempat menarik di KL rupanya.. antara nak taknak pegi je kan? huhu

    BalasPadam
  3. KL tower & Skybridge tu i teringin nak pi

    BalasPadam
  4. X mampu nk ke aquaria. Tp nampak mcm best..

    BalasPadam
  5. saya rasa zoo negara jer saya tak pernah masuk lagi
    hehehe

    BalasPadam
  6. Best yer semua tempat, huda selalu bawa anak2 holiday KL, setiap tahun pergi tempat yang tak pernah pergi di KL. KL ni byk tempat menarik, patut la ramai tourist dtg KL

    BalasPadam
  7. Semua tempat ni memang best.. lagi best dapat pergi bersama keluarga..

    BalasPadam
  8. banyak lagi tempat IQ xsampai ni, buat checklist lepas ni!

    BalasPadam
  9. Kl bird park tu tak masuk lg padahal dekat sejengkal dengan opis je pun kak mas hahahaha...nanti nak pi la

    BalasPadam
  10. Banyak lagi rupanya tempat2 menarik kat kl ni yg belum pegi..

    BalasPadam
  11. yg pasti kat kl ada mak mimin. yeayyy ! tuu paling top menariknya KL. kohkoh

    BalasPadam
  12. semuanya best ena berkunjung nanti heee

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com