Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 7 Mac 2018

Carousell LIVE @ Publika

Assalamualaikum...(^ ^)

Lambakan aplikasi membeli belah atas talian memang memudahkan, kita tak perlu nak bazirkan masa ke pusat membeli belah untuk membeli 1-2 barang sahaja. Boleh jugak jimatkan duit minyak, duit tol dan duit bayar parking, duduk je depan laptop atau melalui telefon bimbit dah boleh shopping. Lagi pun dalam aplikasi tu ada pelbagai barangan dijual, sebut je apa nak. Ada barang kosmetik, gajet, kasut, peralatan rumah, pakaian, barangan elektronik dan macam² lagi.

Salah satu aplikasi atas talian yang sedang hangat diperkatakan sekarang ialah Carousell, sana sini dah orang sebut. Carousell ni adalah aplikasi iklan mudah alih yang membuat jualan serta belian semudah ABC. Di Malaysia, Carousell mempunyai pelbagai jenis produk dalam 28 kategori termasuk fesyen dan kecantikan, fesyen muslimah dan gajet. Dilancarkan pada bulan Ogos 2012, Carousell bermula di Singapura dan kemudiannya telah memasuki 19 bandaraya di seluruh dunia. Haaa memang hangat di pasaranlah Carousell ni.


Dalam memperkenalkan jenamanya ini ada satu berita baik, Carousell dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah (MRCS) akan mengadakan CAROUSELL LIVE iaitu pasar lambak yang akan diadakan pada 10-11 Mac 2018 @ Publika Solaris Damansara dari jam 11 pagi hingga 10 malam. Program ini bertujuan membantu pengumpulan dana bagi aktiviti MRCS seperti operasi bantuan bencana, kesihatan dan khidmat masyarakat, pembangunan kapasiti serta pembangunan belia.

Program ini jugak menyediakan platform untuk MRCS menjual barang² pre-loved yang disumbangkan oleh orang awam sebagai satu usaha untuk mengumpulkan dana. Barangan pre-loved tersebut akan disenaraikan di Carousell bagi tujuan memperluaskan kutipan dana luar dari Lembah Klang. 


"Carousell Live adalah memberi ruang kepada Carousellers untuk memaparkan dan menjual barangan mereka. Ia jugak menjadi landasan bagi kami untuk menyumbang semula kepada masyarakat melalui perkongsian penting seperti ini dengan MRCS. Kami jugak berharap rakyat Malaysia akan memberi sokongan pada acara ini dan membantu membiayai operasi mereka," kata Lucas Ngoo, Pengasas dan Ketua Pengawai Teknologi Carousell.

Haaa kalau korang ada kelapangan hujung minggu ni jangan lupa sertai Carousell Live ni, katanya ada gerai oleh 20 Carousellers dan selebriti terkemuka seperti Zahiril Adzim, Sheira Ayoub, Nadia Brian, Nabil Mahir, Shalma Ainaa dan ramai lagi. Mereka ni akan menjual barangan baru dan pre-loved seperti pakaian, aksesori, karya seni dan barangan elektronik. Manalah tahu kan korang dapat beli barangan pre-loved daripada selebriti² tu. 


Untuk maklumat mengenai Carousell Live boleh ikuti mereka di www.facebook.com/carousell.my dan jangan lupa muatnaik aplikasi Carousell melalui Apple Store atau Google Play Store. Pastu layari jugak my.carousell.com untuk lebih informasi lanjut dan terkini. 

3 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com