Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 8 Mac 2018

Galakkan anak² aktif

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekarang kat sekolah sentiasa ada aktiviti untuk anak², baik hari sekolah dan hujung minggu atau cuti sekolah. Aktiviti ni kadang² dikira sebagai kegiatan ko-kurikulum anak², akan direkod dalam buku khas. Haaa bukan sahaja kena cemerlang dalam pelajaran je, kena aktif dalam aktiviti di sekolah jugak. 


Macam Atikah, tahun ni nak periksa PT3 jadi Mas tak bagilah dia selalu ikut aktiviti di sekolah. Bukannya apa takut dia tak dapat tumpukan perhatian pada pelajaran, dah penat kan mesti takde mood dah nak ulangkaji. Tapi rupanya Mas salah, tak boleh larang tapi kena galakkan. Sebab sekolah memang ambil kira semua tu, pelajaran cemerlang dan aktif ko-kurikulum. Dua² ni kena seimbang!

Macam Arfan pun sama, walaupun nak periksa UPSR masih kena aktif ikut aktiviti ko-kurikulum. Sebabnya bila nak mohon SBP nanti akan tengok kedua²nya sekali, keputusan periksa dan aktiviti ko-kurikulum, dua² kena ada. Kalau takde salah satu mungkin peluang nak ke asrama penuh tu agak tipis. Jadi Mas dan husband tak boleh nak laranglah, kena galakkan demi kebaikan untuk mereka.


Semua aktiviti ko-kurikulum ni kena aktif dalam sukan dan badan beruniform. Setiap hari Rabu kena hadir, akan ada markah diberi untuk setiap kehadiran dan aktiviti. Sebab tu anak² kena ikuti setiap minggu dan aktif dalam aktiviti tu!

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com