terkini dan sensasi

Ahad, 11 Mac 2018

Inilah rumah inilah bengkel

Assalamualaikum...(^ ^)

Apa perasaan korang bila tengok keadaan depan rumah camni, mesti terfikir ini garaj ke bengkel? Mas ni kadang² tu pening jugak, selalu terfikir bilalah dapat hias depan rumah tu cantik². Tapi nak buat camne kan, itulah sumber rezeki kami sekeluarga. Sepah pun sepahlah, semak pun semaklah, janji dapat cari rezeki halal untuk keluarga!


Dulu masa mula² beli rumah memang macam² dah rancang dalam kepala, nak hias camne kat garaj tu. Nak buat taman mini, nak buat kolam mini, nak buat gazebo untuk santai² petang dan macam² lagi. Tapi itu hanyalah impian bila kerja pomen husband bermula, dari saja² nak bantu jiran akhirnya dah ramai pelanggan hantar kereta kat dia. Nak tak nak ruang garaj tu yang terpaksa dijadikan bengkel pomen dia, itu sajalah ruang yang ada. 

Jadi hasrat taman mini dan kolam mini Mas tu terkuburlah sampai sekarang, rasanya sampai bila² kot. Memang tak boleh nak buat sebab kerja pomen husband sentiasa ada, boleh katakan setiap minggu ada kereta masuk. Syukur sangat sebab rezeki tu sentiasa ada, takde taman dan kolam mini cantik² pun takpelah. Janji ada duit masuk untuk bantu perbelanjaan kami sekeluarga, walaupun tak banyak tapi rezeki tu tetap Allah murahkan. 

Sepanjang besarkan anak² dan anak bertambah, kerja pomen itulah banyak membantu. Waktu kami sesak takde duit, tiba² ada pelanggan datang nak baiki kereta. Sebab itulah Mas tak kisah dah rumah bersepah, asalkan sumber rezeki tu tak putus². Nak sewa kedai untuk buat bengkel memang husband tak mampu buat masa ni, sebab duit keuntungan baiki kereta banyak digunakan untuk perbelanjaan keluarga je. Nak tak nak depan rumah itulah garaj dan itu jugak bengkel pomen dia. 

Jadi biarlah orang tengok rumah bersepah, tak kemas ke dan tak cantik ke kan? Janji kami cari rezeki halal untuk sara keluarga! Cuma impian taman dan kolam mini tu tetap ada, tunggu husband pencen kerja pomen ler jawabnya. Atau husband ada rezeki sewa kedai sendiri, doakan ye!

4 ulasan:

  1. Semoga rezeki bertambah dan dapat sewa ruang untuk dijadikan bengkel. hehehe... kuatkan semangat untuk berusaha..

    BalasPadam
  2. Betul kak...sepah itu bahagia sebenarnya...rezeki akak sekeluarga...suka tgk bakat yg Allah kurniakan...terbaik!

    BalasPadam
  3. InsyaAllah kak. Semoga impian kak mas jadi kenyataan .hihi

    BalasPadam
  4. insyaAllah semoga impian sis and family tercapai . InsyaAllah ada rezeki nanti ..boleh upgrade kan..
    salam perkenalan sis

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com