Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 9 Mac 2018

Kena awasi selalu!

Assalamualaikum...(^ ^)

Balik je sekolah, belum sempat tukar baju dan mandi memang adik yang dia cari dulu. Tanpa pedulikan mamanya ada depan mata, terus diangkatnya adik tu. Kemain pandai sangat dah, kadang siap nak bawak jalan² lagi. Tapi memang tak lah mama nak bagi, ingat dia besar sangat dah ke. Dok riba adik lama² pun tak larat, hehehee!


Dengan Airis memang Mas kena awasi selalu, sebabnya dia ni berani sangat. Dari adiknya umur sebulan lagi dia dah sibuk nak riba dan angkat adik, tapi mama tak izinkan. Bila adik dah 5 bulan ni barulah Mas bagi, tapi kena di depan mata. Kalau Mas takde jangan haraplah, tapi dia apa peduli. Kadang berbakul pesan, "Mama nak pergi tandas kejap, jangan angkat adik ye!". Tapi bila mama keluar tandas, elok je dah dia dirikan adik sambil goyang²kan adik tu. Haishhh mama pulak yang cuak tengok!

Haaa sebab itulah kalau Mas hanya ada dengan dia kat rumah, memang payah sikit nak buat apa pun. Bukan tak percaya kat dia boleh jaga adik, cuma risaulah kan? Dia baru 6 tahun, banyak fikir nak main je. Ikutkan dia pandai je jaga adik tu, sebab kalau dengan dia adik diam je. Kadang sampai bergelak ketawa main! Cuma Airis ni terlebih berani, itu yang risau sikit nak biar dia dengan adik je. Kalau tinggal pergi dapur sekejap bolehlah, sebab nampak di mata Mas.

Itulah kan dengan anak² ni kita kena berwaspada selalu walaupun di rumah, sebab kadang musibah tu kita tak duga bila nak jadi. Kita berhati² pun, kadang depan mata boleh berlaku. Kalau nak harapkan pun anak sebesar Airis tu tengokkan adik boleh, tapi biarlah diawasi selalu. Mas tak boleh biarkan je walaupun dalam keadaan mendesak!

1 ulasan:

  1. eeii comelnya dua2 geram je tengok.kalau kita pun confirm nak pergi kat adik je ada adik comel macam ni

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com