terkini dan sensasi

Selasa, 6 Mac 2018

Kena jadi penyibuk sikit!

Assalamualaikum...(^ ^)

Tiba² husband masuk rumah dan cakap, "Lepas ni kalau dok dengan anak² kat rumah waktu abang takde kena sentiasa kunci pintu tau!" 

Pelik jugaklah Mas kenapa dia cakap camtu, sebab Mas ni memang sentiasa pastikan pintu berkunci walau dok rumah pun. Tak akan buka pintunya, lagi² kalau husband takde. Kalau orang bagi salam pun Mas intai kat tingkap je, tak berani nak buka pintu sesuka hati. Yelah setiap masa kena beringat, nak jadi perkara tak baik kita tak tahu kan?

Haaa berbalik pada apa yang husband cakap tadi, Mas pun tanyalah kenapa? Dia bagitau masa balik dari ambil anak kat sekolah, dia ternampak sebijik kereta ni masuk kat kawasan taman. Dalam kereta ada 2 orang India, diaorang dok pusing² kat sekeliling taman ni. Terkejut jugak Mas, apa pulak dibuatnya dok ronda² dalam taman ni. Memang risaulah kan, takut mereka tu berniat tak baik pulak.

gambar sekadar hiasan


Husband pun ada ambil nombor plat kereta tu, pastu terus whatsapp kat group taman ni. Ada penduduk yang kenal polis terus minta semakkan nombor plat kereta tu, sekali bila semak rupanya itu nombor plat motor. Terus polis cakap kemungkinan besar mereka bawak kereta curi, Allah bahayanya. Nampaknya lepas ni kena lebih berhati², anak balik sekolah je kena suruh cepat² masuk rumah dan kunci pintu.

Lagi satu yang bahaya, rupanya dah ada rumah jiran yang dah kena pecah masuk. Itu pun Mas tahu bila husband cerita, RM2k jugak lesap dikebasnya. Kejadian berlaku waktu siang tau, masa orang dok sibuk keluar ambil anak kat sekolah. Masa kejadian tu husband perasan ada kereta kat rumah jiran tu, husband baru nak keluar ambil anak² kat sekolah. Dia pun takdelah nak ambil tahu sangat, sebab ingatkan kereta kawan² anak jiran tu yang datang ke rumah. 

Rupanya bila jiran tu cerita rumah dia kena pecah masuk barulah husband teringat balik pasal dia nampak kereta kat depan rumah tu masa hari kejadian. Menyesal jugak husband tak pergi tengok masa tu, tapi jiran tu tak salahkan dia. Mas pun cakap kat husband, lepas ni kena jadi penyibuk sikit. Kalau nampak kereta yang mencurigakan kat rumah mana² jiran kena pergi tengok, mana tau ada orang nak pecah rumah ke? Mas suruh dia pesan kat semua penduduk taman, biarlah busy body sikit janji perkara camtu tak terjadi dan berulang lagi.

Korang kena camtu tau kalau tinggal kat kawasan perumahan ni, sebab apa nak jadi kadang kita tak duga pun. Niat tak nak jadi penyibuk tapi akhirnya padah yang menimpa. Jadi beringatlah!

5 ulasan:

  1. Boleh jadi penyibuk jika kena pada tempatnya..hehe dlm kes mcm ni , jiran2 kena alerr.. lagi2 kalau ada anak2 kecik jiran di biarkan bermain dpn rumah tanpa pantauan dr org tua... sbgai jiran , tegur2kan dan pantau2 kan...

    https://byshaz.blogspot.my/2018/03/buat-duit-secara-meluas-dalam-blog.html

    BalasPadam
  2. ini bukan sibuk,lebih kepada langkah berjaga-jaga...hihihi

    BalasPadam
  3. Harap kita semua dijauhi daripada perkara yang tak baik. Takutnya!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com