Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 1 Mac 2018

Nasib ada abam pomen

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh lagi sebulan nak kerja, diduga dengan si Vee rosak. Dahlah itu pengangkutan Mas nak ulang alik pergi kerja, nak bawa Mr Ex memang tak tahan dengan minyak mahal ni. Nak tak nak kenalah baiki kan, nanti susah pulak nak pergi balik kerja. 


Si Vee ni dah nak masuk 11 tahun usia dia, tapi memang tak pernah rosak teruk. Banyak berjasa pada kami sekeluarga sehinggalah kami ada rezeki beli Mr Ex, tapi jasa dia tetap sampai sekarang. Nak jual memang tak sebab ia ada sentimental value, hadiah harijadi Mas dari husband ni. Jadi bila dia rosak memang kena baiki, sayang nak biarkan je. 

Tapi Mas lega sebab ada abam pomen kat rumah ni, memang jimat berkali ganda. Husband cakap kalau hantar ke kedai mau makan kos RM2k, sebab gasket head terbakar jadi kena angkat head semua. Fuhhh mana nak cari RM2k dengan Mas cuti tanpa gaji ni, nak pinjam dengan orang pun bukan senang nak dapat RM2k camtu. Jadi syukurlah husband mahir bab pomen ni, baru RM800 je kos katanya. Haaa berapa banyak dah jimat tu, RM1.2k jugak.


Lagi satu bila husband baiki sendiri, boleh buat sikit². Takdelah nak keluar duit sekaligus, ada rezeki beli sikit² barang. Dah lengkap barulah boleh siapkan sepenuhnya, kalau kat kedai mana nak dapat camtu kan? Ada masa sebulan lagi sebelum Mas mula kerja, jadi sempatlah nak siapkan. 

Puashati ke baiki sendiri kereta, boleh betul² elok ke? Setakat ni alhamdulillah, kereta Mas memang tak pernah hantar kedai kalau rosak. Semua husband baiki dan servis sendiri dan elok je boleh pakai bertahun selepas tu, takde masalah

6 ulasan:

  1. untuk abam pomen power baiki
    jimat banyak tu

    BalasPadam
  2. Ok Mr Vee moga pasni sihat walafiat tanaka rosak2 lagi okey..

    BalasPadam
  3. untung betul. hi ray singgah nak jemput meriahkan GA kt sini
    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    BalasPadam
  4. patah kaki klu xde kenderaan ni...nak mana2 pn susah...huhuhu

    BalasPadam
  5. wowww hebat asben sis...jimat berganda ni...untung tau kalau salah seorang family ada bakat baiki kereta.

    BalasPadam
  6. kak mas, gasket head terbakar kenapa? sebab kereta tak ada air ke?

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com