Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 2 Mac 2018

Rezeki Atikah!

Assalamualaikum...(^ ^)

"Mama, setiap hari Isnin hingga Khamis kakak akan balik lambat. Ada tuisyen percuma kat sekolah, JPN Selangor yang anjurkan. Ramai murid lain tak nak pergi, jadi banyaklah tempat kosong. Kakak nak ikut tuisyen tu boleh tak?"

Haaa lompat bintang Mas dengar, dengan senang hati izinkan dia ikut tuisyen tu. Bukan senang nak dapat tuisyen percuma kan, jadi rezeki dia tak akan Mas tak izinkan pulak. Biarlah anak orang lain tak nak pergi, janji anak Mas berminat. Lagi pun Mas memang tak mampu nak hantar dia tuisyen berbayar, bila pihak JPN anjurkan secara percuma memang tak nak lepaskan peluang. 


Pastu tenaga pengajar pun guru sekolah je dan tempat tuisyen di sekolah, mudahlah nak pergi. Setiap hari Isnin hingga Khamis dari jam 2-4 petang, satu subjek untuk setiap hari tu. 4 hari dapatlah 4 subjek, haaa kalau hantar yang berbayar dah berapa kosnya tu. Mampu camne pun kalau ada peluang camni lebih baik ambil, jimat sikit belanja kita. 

Lagi satu daripada dia habiskan masa kat rumah lepas sekolah, lebih baiklah dia ikuti tuisyen ni. Dapat jugaklah bantu dia nak hadapi periksa PT3 nanti, dapatlah jugak soalan² spot kan. Pelajaran sekarang bukannya senang, kalau takde kelas tambahan atau tuisyen memang tak cukup. Lainlah zaman kita dulu, belum ada lagi soalan tahap² KBAT ni. Belajar sendiri kat rumah pun dah cukup masa tu!

Moga kakak Atikah tak sia²kan rezeki ni dan dapat ilmu yang bermanfaat untuk bantu dia hadapi peperiksaan PT3 bulan Oktober nanti.

2 ulasan:

  1. alhamdulillah
    memang betul2 rezeki tu

    BalasPadam
  2. Zaman saya sekolah dulu pun ada tuisyen free ni kat sekolah. Tapi sekarang ni JPN Selangor buat inisiatif ni memang sangat-sangat salute lah. So, next PRU confirm i akan undi kerajaan yang sama. EH! hihi

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com