Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 3 Mac 2018

Shatavari Himalaya: Milk booster pilihan!

Assalamualaikum...(^ ^)

Entah kenapa masa Aiyra ni susu badan Mas agak berkurangan, tak banyak macam anak² sebelum ni. Kalau sekali sesi pam tu hanya dapat 6oz atau 8oz je, memang kena usaha keraslah sebab Aiyra pun kuat menyusu. Pastu susu Mas kali ni agak cair, kalau pam tu nampak macam air masak je. Mungkin sebab itulah, kadang² Mas nampak Aiyra macam tak kenyang je bila minum.

Runsing jugak Mas fikirkan masalah ni, yelah Mas nak sangat Aiyra menyusu badan sepenuhnya sehingga umur dia 2 tahun. Jadi Mas kena usaha untuk selesaikan masalah ni, kena dapatkan supplemen tambahan atau milk booster. Bukannya nak harapkan supplemen 100% tapi tak salah kalau Mas usaha kan, di samping konsisten pam sedikit sebanyak milk booster tu dapat membantu merangsang pertambahan susu.


Shatavari Himalaya Jadi Pilihan!
Milk booster apa yang jadi pilihan Mas? Ok, cari punya cari Mas terbaca pasal Shatavari Himalaya ni. Mas tengok ramai rakan² yang menyusukan anak dah cuba dan mereka berikan reaksi positif, Shatavari sangat membantu dalam merangsang susu badan. Haaa apa lagi Mas pun nak cuba jugak, ikhtiar kan dan mana tau sesuai dengan Mas jugak. 

Sedikit info mengenai Shatavari Himalaya ni, ianya adalah ramuan dari Asparagus Racemosus iaitu sejenis herba yang berasal dari negara India. Ianya 100% halal dan selamat diambil oleh wanita yang menyusukan bayi. Dijamin tidak mendatangkan kemudaratan (tak panas), tiada kesan sampingan, malah membantu meningkatkan tahap kesihatan dalaman wanita (organ reproduktif/peranakkan). Pastu ia jugak menambah susu badan dan meningkatkan sistem imun wanita yang mengamalkannya. 


Kesan selepas 5 hari amalkan Shatavari
Hari ni dah hari kelima Mas amalkan Shatavari ni, dan alhamdulillah nampak kesan yang positif. Salah satunya susu Mas jadi semakin pekat, takde dah cair macam air masak. Rasa nak nangis bila masa pam tengok susu dah bertambah pekat, yelah mesti Aiyra akan lebih kenyang bila menyusu lepas ni. Lagi satu Mas boleh rasa rangsangan pertambahan susu tu selepas makan sebiji pil ni, maksudnya lepas sejam ke 2 jam makan dah boleh rasa susu tu penuh. Terus kena pam, dan hasil selepas pam lebih meriah berbanding sebelum ni. Kalau dulu sebelah hanya dapat 3oz sahaja, tapi sekarang boleh dapat 4oz. Haaa nampak susu makin bertambah sedikit demi sedikit.

Jadi sekarang Mas akan konsisten amalkan Shatavari Himalaya ni, 1 biji selepas sarapan pagi dan 1 biji selepas makan malam. Tapi jangan lupa minum air masak secukupnya untuk kesan yang lebih baik. Moga dengan amalan ni dapat membantu Mas menyusukan Aiyra sehingga dia berusia 2 tahun.


Haaa untuk ibu yang menyusukan anak tu, Mas syorkan sangat amalkan Shatavari Himalaya ni. Memang berkesan, harganya pun sangat berpatutan iaitu RM54++ untuk 60 biji kapsul. Boleh dapatkan di butik Himalaya di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Instagram: Himalaya Malaysia

8 ulasan:

  1. Shatavari Himalaya memang bagus k.mas...Sal pengguna setia...

    BalasPadam
  2. wahhh...penangan shatavari ke ni?? hebat betul ya. Banyak boleh wat stok susu macam ni. Kalau ada lebih susu tu..boleh jadikan sabun susu. kegunaan untuk anak anak,jadi tak lah membazir nanti

    BalasPadam
  3. nice info.. nanti kalau dah menysusui boleh la try makan ini untuk milk booster. skrg lisa pakai prdk himalaya juga tapi jenis yang lain

    BalasPadam
  4. memang bagus shatavari nih kan

    BalasPadam
  5. memang bagus shatavari nie, wife guna Alhamdulillah sesuai

    BalasPadam
  6. Kann kak, bagus produk ni untuk tambah susu badan.

    BalasPadam
  7. Shatavari sememangnya berkesan! Dah berbotol-botol kak Nina consume.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com