terkini dan sensasi

Ahad, 4 Mac 2018

Tempah baju raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa korang camne, dah hantar baju raya dekat tukang jahit ke. Memanglah terlalu awal nak sebut pasal raya ni, yelah puasa pun lagi 2 bulan kan? Patutnya fikir pasal nak ganti puasa kan, ehhh Mas puasa penuh tau tahun lepas. Takde tinggal sebab mengandungkan Aiyra, tapi Mas puasa jugaklah masa Syawal tu sebab mana tahu ada yang terlupa nak ganti sebelum ni.

Berbalik pada tempah baju raya ni, kalau nak hantar kat tukang jahit memang sekarang dah patut hantar. Sebabnya ada sesetengah tukang jahit dah tutup tempahan seawal bulan 2 hari tu, kalau hantar sekarang memang tak dilayan. Macam Mas ni memang dah lama tak tempah baju bila raya ni, sejak anak dah masuk 3 orang semua beli dah siap je. Rasanya lagi murah beli yang dah siap ni, yelah tak perlu kos beli kain dan upah tukang jahit. 


Tapi tahun ni Mas nak tempah pulaklah baju raya untuk diri sendiri dan 3 orang anak dara tu, yang husband dan Arfan je beli siap. Mas tempah ni pun sebabnya ada 5 helai kain songket Sarawak ni, dan 4 meter kain kosong. Semuanya dah lama beli dan ada jugak yang orang bagi, dari biar je tersimpan lebih baik buat baju kan. Jimatlah sikit kos beli kain, hanya bayar kos upah tukang jahit je. 

Mulanya pening jugak nak cari tukang jahit, yelah dah lama kan tak tempah menempah baju ni. Tanya sana sini semuanya dah tutup tempahan, awal betul padahal baru bulan 3. Buntu jugak mana nak hantar kain² tu, kalau takde jugak jawabnya beli yang dah siap je. Tapi nasib baiklah husband bagitau ada isteri kawan dia yang buat baju, cuma dia kena tanya dulu masih terima tempahan atau tak. Alhamdulillah rezeki Mas, isteri kawan dia tu masih nak terima tempahan. Lega, semalam jugak terus hantar kain² tu kat dia. 

Fuhhh setel bab baju raya Mas dan 3 dara, tunggu siap dan bayar je nanti. Untuk husband dan Arfan je kena beli nanti, itu bulan puasalah baru cari. Warna tema pun dah pilih, seperti biasa perempuan 1 warna dan lelaki 1 warna. Bagus jugak buat persiapan awal ni kan, takdelah nak keluar duit sekaligus! Korang camne dah tempah baju raya?

4 ulasan:

  1. owh yer
    dah bulan 3 kan
    pakai baju lama jer
    hehehe

    BalasPadam
  2. Kain pun belum beli lagi Kak Mas. Hahahahaa.. Bila dah kerja nie, focus pada baju raya makin kurang

    BalasPadam
  3. IQ pun dah hantar jahit baju raya bulan 1 hari tu. sengaja anta awal, sebab tahu tempahan baju ni mungkin ambik masa

    BalasPadam
  4. Sama laa kita mas .. lya pon dah tempah awal bulan 2 baru ni.. tempah lewat2 tukang jahit tanak ambik huhuhu. Tahun ni kami buat sedondon kain kosong.. lama tak buat sedondon kain kosong heheh..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com