terkini dan sensasi

Rabu, 4 April 2018

24 jam macam 4 jam!

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh baru 3 hari kerja tapi dia punya penat dan tak cukup masa tu lain macam ooo, tarik nafas! Masa cuti 6 bulan tu penat dan tak cukup masa jugak tapi lepas Subuh boleh jugaklah tidur barang sejam dua, pastu baru buat kerja. Tapi dah kerja ni dapat tidur 5 jam je, fuhhh pantas masa berlalu.

Bermulanya rutin jam 4 pagi Mas bangun untuk masak bubur nasi Aiyra, sebelah malam memang dah siap potong² bahan. Sambil tunggu bubur masak Mas buatlah sarapan ringkas je, janji boleh bawak bekal. Kena berjimat wooo zaman sekarang. Lebih kurang jam 5 pagi Mas dah siap masak bubur dan kisar, pastu terus masuk dalam bekas. Bekal pun dah siap untuk sarapan dan makan tengahari sekali, pastu terus Mas mandi.


Siap mandi dan bersiap dalam jam 5.45 pagi, tunggu azan Subuh dan terus solat. Siap solat terus mekap simple je dan kejutkan anak² yang lain untuk ke sekolah. Dalam 6.15 pagi Mas mesti dah gerak dari rumah, tak boleh lambat sebab nak elak jammed dan nak kejar tempat parkir kereta. Masa Mas keluar tu husband pulak ambil alih uruskan anak² sehinggalah hantar mereka ke taska dan sekolah. 

Rutin di pejabat macam biasa dari jam 7 pagi hinggalah 4.30 petang. Sampai je pejabat perkara pertama Mas buat ialah pam susu dulu, dah siap barulah boleh sarapan. Waktu rehat pun sama wajib mengepam dulu barulah makan, memang takde masa nak tidur barang seminit dua. Kadang sambil mengepam pun sampai tersenguk² sebab mengantuk, hehehee! 4.30 petang dah siap sedia nak balik, tapi walau balik awal sampai rumah dekat jam 6 petang jugak. Jammed wooo, fuhhh lap peluh!

Sampai rumah pulak jangan harap nak goyang² kaki mengadap TV ye, dah banyak kerja menanti. Lepas mandi dan solat semua kena bagi makan Aiyra, pastu tidurkan dia. Nasiblah sejak duduk taska ni dia tidur seawal jam 8 malam, bolehlah Mas berperang buat kerja kat dapur. Tung tang tung tang!

Siapkan bahan² untuk bubur nasi Aiyra, siapkan susu untuk bekal kat taska esok, siapkan beg mengepam Mas, siapkan beg pakaian Aiyra, kemas dapur, kemas bilik, gosok baju dan kalau larat ada jugak sesi mengepam sebelah malam. Nampak je macam kerja mudah tapi bila siap tengok jam dah pukul 11 malam, sembahyang Isyak dan terus masuk tidur. Tapi tidur tu bukan lena sepanjang malam, ada jugak masa berjaga sebab Aiyra nak menyusu. Pastu sedar² dah bunyi alarm pukul 4 pagi, rutin bermula kembali. Haaa sebablah tu rasa 24 jam tu singkat sangat, macam 4 jam je. Tengoklah entri pun muncul dah malam, huhuhuu!

3 ulasan:

  1. kagum, sebab masih boleh lagi update entry

    BalasPadam
  2. fuhhhhh salute la kak mas huhuuuuu kalau saya tak tahu laaaa...

    BalasPadam
  3. kan kak.. memang tak sempat. tapi kita wanita guna masa yang ada sebaiknya tuk urusan rumahtangga.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com