Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 2 April 2018

Bengkel Penulisan KBBA9, sangat berilmu!

Assalamualaikum...(^ ^)

Tak sangka berpeluang jugak menghadiri Bengkel Penulisan KBB9 semalam. Melangkah je masuk dalam dewan rasa seronok sangat, sebab dapat jumpa rakan² blogger yang dah lama tak bertemu. Yelah sejak cuti bersalin, Mas memang dah lama tak sertai mana² aktiviti mahu pun program anjuran KBBA9. Jadi ini satu peluang keemasan bagi Mas!



Pastu lagi satu tak sabar dan seronok nak timba ilmu yang berguna tentang teknik² penulisan dari 2 penulis terkenal iaitu Tuan Zulkifli Ahmad atau lebih dikenali sebagai Apak (penulis buku Mata Tak Berhijab) dan Tuan Zamri bin Mohammad, penulis umum. Katanya mereka berdua memang berpengalaman luas dalam bidang penulisan ni, sebab tu Mas nak sangat hadiri bengkel ni. Sedikit sebanyak ilmu tu dapat dijadikan panduan untuk Mas terus menulis blog. 

Alhamdulillah lebih kurang 3 jam kami bersama 2 penulis ni, memang banyak sangat ilmu yang dipelajari. Rupanya tak susah pun kita nak jadi penulis ni, yang penting kita ada cerita yang nak ditulis. Pastu kena tekankan 4 faktor ni iaitu genre, watak/perwatakan, latar masa dan latar tempat. Ada je 4 perkara tu maka bolehlah kita hasilkan sebuah buku. Kalau dalam penulisan blog pulak yang penting kita ada idea nak tulis dan tajuk yang bagus, maka bolehlah kita hasilkan entri. Yang penting olahan penceritaan kita tu akan buat entri jadi menarik. 



Lagi satu yang seronok bengkel ni sebab sarapan pagi dan makan tengahari memang memikat selera, huhhh lupa diet kejap. Sarapan dari Restoran Nelayan Ampang sangat cukup lengkap, ada bihun dan kuih muih. Pastu makan tengahari pulak ada Nasi Butter Kambing Bakar dari Cafe Cerita Kambing, fuhhh sedap sangat. Mas yang tak suka makan kambing pun boleh makan tau, sos dia lagilah sedap! Korang pergi je jengah Instagram dua² restoran ni, memang berbaloi cuba makanan kat sana. 

Tak lupa jugak pada pihak Matic atas tajaan dewan yang sangat selesa dan lengkap dengan peralatan. Pastu tandas pun bersih, surau pun selesa dan kedai makan pun ada. Bab parking pulak tak perlu risau, banyak dan percuma je. Kalau nak buat apa² bengkel memang sesuai sangat kat Matic ni, layari je Instagram mereka untuk info lanjut. 




Haaa memang berbaloi sangat hadiri Bengkel Penulisan ni, sangat bermanfaat. Semua blogger KBBA9 dan peserta dari luar pun cukup berpuashati, banyak ilmu yang mereka dapat. Bukan senang tau nak timba ilmu dari 2 orang penulis terkenal camtu, semua tersenyum puas. Macam Mas walaupun bukan nak jadi penulis buku atau novel, tapi ilmu tu boleh digunakan untuk perbaiki lagi penulisan di blog dan jadi semangat untuk terus berblog!

Terima kasih team AJK KBBA9 atas daya usaha menganjurkan bengkel ini, dan tak lupa jugak para penaja yang sudi menaja lokasi, sarapan dan makan tengahari. Terbaik!


12 ulasan:

  1. Bengkel yg sangat best & banyak ilmu berguna, rasa mcm tak cukup masa je kan

    BalasPadam
  2. Memang seronok kannn dapat join Bengkel penulisan gini.
    Beruntung kita kannn

    BalasPadam
  3. Tak dpt juga join kelas sebab tuntutan kerja ikut suami outstation kerja di Pantai Timur, harap dpt sharing tips dalam blog akan datang ye kak mas

    BalasPadam
  4. Bengkel yang menarik dan bermanfaat

    BalasPadam
  5. Memang terbaik,tak nyesal join

    BalasPadam
  6. Seronoknya kak, banyak ilmu yang boleh kita dapat. Fiza tak berkesempatan lagi nak join

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com