terkini dan sensasi

Ahad, 8 April 2018

Kolam gantikan walker

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa anak² lain Mas memang ada gunakan walker kalau nak kawal mereka dari merayau kemana² atau nak mudah buat kerja di dapur. Masa tu Mas fikir anak² akan selamat bila berada dalam walker tu, takdelah akan jatuh. Satu lagi teringin nak anak cepat berjalan kalau dok dalam walker, tanpa fikir akibat yang tak baik untuk perkembangan anak².

Tapi bila Mas baca di Facebook tentang perkongsian dari seorang fisioterapi kanak² mengenai pergunaan walker ni, Mas rasa betul apa yang dia katakan tu. Walaupun masa tu Mas letak anak² dah pandai duduk atau berdiri sendiri, tapi sebenarnya ia tetap tak baik untuk perkembangan anak². Ia tak bantu pun anak² untuk cepat berjalan. Bab rasa anak² akan selamat bila di dalam walker tu pun tak betul sebenarnya, sebab bila dah ada dalam tu anak yang masih kecil ni bukan pandai kawal pun. Risiko untuk dia terjatuh agak tinggi!


Jadi dari perkongsian itu ada ditunjukkan gambar menggunakan kolam untuk letak bayi kita di dalam tu. Mas ada kolam besar tu, dari tersimpan je bagus jugak Mas gunakan untuk letak Aiyra, alas dengan toto tebal dan letak bantal. Bolehlah dia main dalam tu dengan selesa sambil tengok TV, takdelah Mas nak risau dia merayau kemana². 

Keselamatan pun terjamin sebab kolam tu tinggi dan di dalamnya Mas ada alas dengan toto, risiko untuk cedera kalau terjatuh agak berkurangan. Pastu kalau Mas nak buat kerja pun mudah, takdelah dok risau dia akan masuk bawah kerusi ke dan gigit kabinet TV. Masa tinggalkan dia nak buat kerja tu kakak dia pun boleh temankan dan main sama² kat dalam tu. 


Lagilah sekarang ni Aiyra dah pandai berdiri berpaut pada sofa, bahaya kalau biarkan kat luar. Bila dalam kolam ni agak selamat untuk dia, kalau dia berdiri berpaut pun keliling kolam tu lembut. Takdelah sakit badan. Mama nak baring dan susukan dia kat dalam tu pun boleh, luas dan selesa. Hehehee!

Jadi untuk Aiyra ni Mas tak akan gunakan walker, Mas nak dia rangsang sendiri kepandaian buat apa² pun. Memang dia cepat pandai, umur 6 bulan dah boleh berdiri sambil berpaut walapun belum pandai duduk. Lagilah bila duduk dalam kolam tu dia akan bergerak melangkah ke depan sambil berpaut pada dinding kolam tu. Haaa boleh nampak kepandaian tu dia usaha sendiri kan, tanpa bantuan walker! 

2 ulasan:

  1. Sekarang memang ramai dah yg gunakan pool ni untuk anak-anak dorang. lebih selamat dan tak menggangu proses perkembangan kanak-kanak :)

    BalasPadam
  2. ada ternampak sapa nth ... anakdia nk g sekolah tidur kat kolam yang jadikan tempat tidur mcm ni hehehehe... i think this more better la sebab lembut kan... tak risau terbentur kat tepi2 tu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com