terkini dan sensasi

Sabtu, 7 April 2018

Lazz Susu Kambing : Hari² mau minum!

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila sebut je susu kambing semua anak² geleng kepala, "Eeeee tak nak lah minum, nanti ada bau tak sedap!" Bukan anak² je, mama pun sama geleng kepala jugak. Memang tekak Mas tak boleh terimalah susu kambing, susu lembu pun Mas hanya mampu minum yang Dutch Lady je.


Tapi bila asyik dok tengok viral pasal Lazz Susu Kambing, Mas macam tertarik sangat nak cuba. Ada pulak baca kawan blogger ni berkongsi yang dia bukan penggemar susu kambing jugak, tapi bila cuba Lazz dia boleh minum. Haaa lagilah ai tergedik² tak sabar nak cuba. Pastu katanya boleh jugak dijadikan milk booster, ini lagi buat ai teruja nak minum. Hehehee!

Sebelum kongsi camne reaksi penerimaan Mas dan anak² terhadap Lazz Susu Kambing ni, boleh ke kami minum? Ini Mas nak kongsikan khasiat, kebaikan dan keistimewaan Lazz ni.
1. Lazz merupakan perintis susu kambing kurma organik Malaysia
2. Rasanya lebih enak tanpa bau hamis.
3. Tiada gula tambahan.
4. Tanpa bahan pewarna dan perisa.
5. Kebaikan semulajadi susu kambing
6. Diimport 100% dari Holland
7. Dijamin HALAL.



Lazz Susu Kambing ni ada 4 perisa iaitu Lazz Susu Kambing Asli, Lazz Susu Kambing Choco, Lazz Susu Kambing Kurma dan Lazzcafe.

Wahhh sedaplah Lazz Susu Kambing!
Haaaaa itulah reaksi Mas dan anak² bila pertama kali cuba minum Lazz, terus tekak boleh terima. Apa lagi hari² mau minum, kalau tak minum rasa tak lengkap pulak. Anak² pun dah ada perisa kesukaan mereka, Airis suka Lazz Asli. Arfan pulak nak Lazz Choco dan kakak Atikah pilih Lazz Kurma. Mama camne pulak, sudah tentu mama suka semua. Hahahaa tamaklah mama ni, nak buat camne sebab semuanya sedap sangat! 



Setiap hari sebelum pergi sekolah anak² akan minum secawan sebagai sarapan, reaksi positif mereka berikan ialah kurang rasa lapar di dalam kelas. Kalau tak sebelum waktu rehat, perut dah berbunyi². Pastu macam Atikah dia bersekolah dari pagi hingga petang, jadi dia akan bawak bekal Lazz Kurma. Reaksi Atikah, "Kurang rasa penatlah mama lepas minum Lazz ni, walaupun kakak seharian kat sekolah!" Haaa joget² Mas dengar, ternyata Lazz Susu Kambing banyak bagi khasiat yang positif pada anak².

Mas pulak dari seorang bukan penggemar susu, hari² jugak mau minum Lazz Susu Kambing ni. Untuk sarapan Mas minum campuran Lazz Choco dan Lazz Asli, sedap tau! Rasanya lemak berkrim dan tak manis sangat, pastu badan rasa bertenaga dan tak mengantuk untuk mulakan kerja. Sebelah malam pulak memang tak makan nasi, jadi untuk elakkan perut lapar Mas akan minum Lazz Kurma. Sangat mengenyangkan walaupun Mas menyusukan Aiyra. Haaa sebut pasal menyusu, Lazz jugak dah jadi milk booster Mas. Yeayyyyy, suka sangat sebab susu semakin bertambah!



Lagi satu selepas penat buat kerja rumah Mas akan pekena secawan Lazzcafe, fuhhhhh rasa nikmat sangat dan hilang semua penat lelah. Oh my, ai memang dah jatuh cinta dengan Lazz! 

Harga pulak camne, mahal ke murah. Serius Mas cakap harganya sangat berpatutan dengan khasiatnya. Kalau beli sangat berbaloi sebab boleh minum seisi keluarga! Tak ke jimat tu?


Pastu kalau korang nak tau, Lazz ni ada set yang dicadangkan mengikut keperluan korang. Pilih je set mana satu yang sesuai, pasti akan dapat khasiatnya.

1. Set Mak Buyung : 1 Lazz Kurma + Lazz Choco. Sesuai untuk ibu hamil yang tidak boleh minum susu semasa hamil, tetapi nak yang terbaik untuk kandungan dengan mengamalkan pemakanan sihat.
2. Set Sejoli (Ikhtiar Untuk Hamil) : 1 Lazzcafe + 1 Lazz Kurma. Sesuai diamalkan sebagai salah satu ikhtiar untuk kehamilan, minum 1-2 gelas susu sehari bersama rutin pemakanan sihat dan senaman.
3. Set Combo Susu Meriah (Ibu Menyusu) : 1 Lazz Kurma + 1 Lazz Choco + 1 Lazzcafe. Kebaikan semulajadi pati ekstrak kurma dan susu kambing membantu menggalakkan susu badan.
4. Pakej Jimat Stok Anak Sebulan : 6 kotak Lazz Asli, Kurma atau Coklat. Kebaikan semulajadi susu Lazz untuk kanak-kanak bermula 2 tahun ke atas.
5. Set Ikhtiar Kuning (Untuk Ibu Berpantang & Menyusu) : 3 kotak Lazz Asli. Untuk ibu menyusu minum sebagai salah satu ikhtiar elakkan kuning bayi.

Haaa camne, berminat dan dah pilih set yang mana? Kalau dah pilih boleh terus buat pembelian, dan yang menariknya siap ada Lazz Delivery tu. Susu akan dihantar terus ke hadapan pintu rumah korang. Untuk maklumat lanjut boleh layari dan hubungi:

Instagram: @lazzsusukambinghq
No. Telefon: 013-3083354
Lazz Careline: 1-800-88-5299





9 ulasan:

  1. Wahh best lah Lazz Susu Kambing ni. Dah la rasanya sedap pastu penuh khasiat pulak tu. Rugi tak cuba ni

    BalasPadam
  2. Saya sendiri suka minum susu ni. Rasa bertenaga

    BalasPadam
  3. Lisa pun ada minum ini.. sedapppp ! Heheh suka yang lazz cafe dgn coco tu

    BalasPadam
  4. ada macam-macam set yer..senang dan mudsh nak pilih

    BalasPadam
  5. Lazz cafe n choco tu okay. Tekak ley terima. Sama mcm mas gak .. memula skeptikal pastu ok

    BalasPadam
  6. Lazz choco sedap! Lazz cafe sedap, lazz kurma pun sedap. Ehh semua lah sedap! Hehe

    BalasPadam
  7. Beli banyak lagi jimat. Ada diskaun.

    BalasPadam
  8. Femes lah Lazz ni.. Bagu bagi budak2 minum susu dari kecik. Jangan jadi macam Aqma dah besau tak lalu susu >.<

    Singgah n follow laju2 blog gorgeous akak ni :D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com