Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 12 April 2018

Mas hampir putus asa!

Assalamualaikum...(^ ^)

Ini cerita sedih tau, rasa nak nangis bila ingat balik. Lap air mata jap, sob³!

Tapi serius tau, masa awal² Mas kembali bekerja minggu lepas memang masa agak tak cukup dan badan rasa letih sangat. Yelah bangun seawal jam 4 pagi dan tidur pulak jam 11 malam, lebih kurang 5 jam je tidur. Serius tak cukup rehat, serius penat dan segalanya seriuslah. Hehehee!

Jadi disebabkan keadaan tu, penghasilan susu tetiba jadi merundum. Biasa sekali sesi pam boleh dapat 8oz, tapi dalam minggu pertama kerja tu merundum sangat susunya. Sekali pam hanya dapat 4-5oz je, drop sangat! Padahal Mas takde pun skip waktu pam atau tak makan ke, Mas minum banyak air dan ambil supplemen lagi. Sedih wooo masa tu, rasa dah putus asa sangat. 


Cakap dengan husband, "Camne ni bang, stok susu anak tak cukup ni. Kat rumah pun ada 2 botol je!" Husband pun buntu, sampai dia kata nak tak nak kita kena campur susu formulalah. Uwaaa menangis dalam hati Mas masa tu, tak sanggup wooo nak bagi FM. Aiyra baru je 6 bulan! Jadi Mas cakap dengan husband, "Takpe bang, saya usaha dulu selagi termampu. Insya Allah pasti cukup susu untuk Aiyra."

Jadi Mas ubah sesi mengepam, setiap 4 jam sekali wajib pam. Bermula dengan jam 7 pagi, 11 pagi dan 3 petang, kena konsisten agar penghasilan susu sentiasa ada. Malam pun sebelum tidur kalau tak penat sangat, Mas akan mengepam jugak. Pastu seawal pagi sebelum sarapan apa² Mas minum susu kurma, ini untuk rangsang lagi penghasilan susu. Air masak wajib 3 liter dan wajib minum Lazz Susu Kambing sebagai milk booster tambahan, pastu supplemen Shatavari Himalaya memang tak tinggal. Lagi satu waktu makan pun Mas tak boleh skip, kena ambil sarapan dan makan tengahari. Sebabnya Mas dah banyak guna tenaga, jadi kena seimbang. Pukul 10 pagi dan waktu malam kena minum susu Lazz sebab waktu tu Mas tak ambil makanan berat. 

Alhamdulillah berkat usaha tu dengan sabar, penghasilan susu ada peningkatan semula. Cukuplah bekalan untuk Aiyra ke taska, walaupun pam hari ini untuk stok esok je. Tapi takpe, janji Mas dapat susukan dia dengan susu Mas sepenuhnya sehingga umur dia 2 tahun. Kena terus istiqomah dan tak boleh cepat putus asa. Doa semoga Allah permudahkan!

4 ulasan:

  1. alahai semoga ada rezeki untuk si kecil..

    BalasPadam
  2. Kak shaz nak share sdikit ilmu..untuk penghasilan susu smula bila drop.. pertama kena tuam semula , makan makanan berasaskan sup..minum air suam.. kekerapan pam adalah 3 jam.... mmg kena pastikan 3 jam... tak boleh skip. InSyaa Allah nt normal smula

    BalasPadam
  3. alhamdulillah,rzeki aira masih ada. Kakmas jangan stres tau.. heehehe..

    BalasPadam
  4. Insya Alla kak mas dah banyak pengalaman ,boleh nyaa moga di permudahkan ye.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com