Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 3 April 2018

Naikkan mood bekerja

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas ni sejenis yang kalau workstation tak kemas, tak seronok nak buat kerja. Jadi Mas kena pastikan setiap hari tempat nak buat kerja tu nampak kemas, cantik dan teratur. Biarlah orang cakap Mas macam takde kerja sebab meja terlampau kemas, asalkan Mas tahu uruskan agar sentiasa cantik. Tak semestinya meja berselerak je banyak kerja, meja yang cantik ni kurang kerja!


Semalam Mas dah kembali bekerja selepas 6 bulan cuti, jadi kenalah naikkan mood kerja tu. Mas pun apa lagi, terfikirlah nak make over sikit bilik tu. Bukannya tukar susun atur pun tapi sekadar tampal wallpaper kat meja. Beli je kat Mr DIY corak yang berkenan, murah je. Pastu tampal je sendiri, mudah je. Mas semalam buat sorang untuk meja ni, berhempas pulas jugaklah tapi bila dah siap nampak cantik. Yeayyy lompat bintang!

Bila bilik dah cantik dan ceria camni barulah semangat nak datang kerja tiap² hari. Kalau berselerak dan bersepah je, nak kerja pun malas kan. Itu Mas lah, tak taulah korang camne. Lagi satu bila kemas ni senang kita nak ambil barang, takdelah cari tak jumpa. Pastu nak buat kerja pun mudah, kalau berselerak kang nak letak dokumen pun susah. 



Pastu sebelum balik Mas mesti akan kemas meja seperti sediakala, takdelah nak sepah² dokumen dan barang² sana sini. Barulah esok pagi masuk kerja mood gembira je sebab tengok bilik cantik, kemas dan ceria. Nak mulakan kerja pun jadi semangat, tak gitu!

6 ulasan:

  1. kin pun suka bila tempat dah bersih, wangi.. semangat nak kerja naik 200%

    BalasPadam
  2. Lynda suka nak kemas kak Mas. tapi byk keje tak sempat. Orang kewangan mmg begini kot..hehehe

    BalasPadam
  3. mmg seronok kalau meja kerjap kemas tapi bila dah tengahhari jd semak balik tapi ttp kena kemas kalau tak esok masuk pejabat tengok semak...hilang mood hehe

    BalasPadam
  4. Wah kemas! Atas meja juju penuh buku2 la sis...kena cari rak buku jenis bertingkat la macam ni

    BalasPadam
  5. Kemas dan teratur nak buat kerja pun tenang

    BalasPadam
  6. sama macam saya, kalau workstation tak kemas, tak boleh nak buat keje

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com