Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 5 April 2018

Ramainya anak² tak sihat!

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap hari bila baca mesej di group whatsapp sekolah anak², mesti ada mesej dari ibu bapa bagitau anak sakit dan tak sihat. 

"Cikgu anak saya tak dapat hadir sekolah sebab demam."
"Cikgu anak saya tak dapat hadir ke sekolah sebab batuk dan selsema."

Haaa memang setiap hari tau, kesian dekat anak² tak dapat ke sekolah. Ada tu sampai 2-3 hari tak hadir, demam berpanjangan. Sebagai mak, Mas risau jugak sebab takut terjadi pada anak². Lagi pun sekarang memang musim demam batuk selsema, yang jadi mangsa anak² lah. Haihhhh kesian kan?


Jadi nak cegah jangkitan dari terjadi kita kenalah ambil berat, kena sentiasa pantau aktiviti anak² terutama di luar rumah. Seeloknya elakkan dulu anak² main di luar buat masa ni, kadang² virus tu boleh berjangkit apabila anak² terdedah dengan persekitaran luar. Lagilah anak² ni bila main diluar segala tempat dia nak teroka, dicampur dengan cuaca tak menentu ni.

Pastu kalau anak sakit atau tak sihat seeloknya jangan hantar ke taska atau sekolah, bahaya untuk anak² orang lain. Ni tak ada sesetengah ibu bapa sanggup hantar jugak anak ke taska padahal anaknya demam teruk, alasan tak boleh cuti. Memang tak boleh terima alasan tu, nanti dah berjangkit kat anak orang lain kan susah. Mas setuju kalau pihak taska tak terima anak² yang demam ni di taska, bukan tak simpati tapi itu yang terbaik. Kalau lagi ramai yang demam kan susah!

Lagi satu elakkan jugak makan di luar buat masa ni, masa virus penyakit tengah berleluasa ni. Kita tak tahu entah² makanan tu dah tercemar dengan virus batuk selsema ke, tak pasal² anak kita yang kena pulak. Yelah kadang tu orang lain yang makan di situ ada yang terbatuk, terus virus tersebar. Anak² kita yang masih kecil dan antibodi tak kuat tu mudah dijangkiti. Lebih bagus masak dan makan di rumah, terjamin kebersihan makanan dan persekitaran.

Moga anak² yang sakit sekarang kembali sihat!

1 ulasan:

  1. lagi satu, amalkan juga memberi supplimen tambahan kepada anak kita. Saya amalkan Scot Emulsion jer. Pertamanaya kerana harga dia murah..Hihi dan yang keduanya senang nak bagi sebab ada pelbagai persia. Anak saya suka perisa oren. Senang jer dia minum.
    Kalau anak yang dah umur 8 tahun ke atas, boleh je bagi tablet vitamin C sebiji setiap hari. Ini pun untuk meningkatkan daya tahan/ imuniti anak kita. Jadi sukar untuk dia kena sakit/jangkitan dari kawan-kawan sekelas.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com