Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 9 April 2018

Sebab tu rajin bawak bekal

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah sejak mula kerja kembali, hari² Mas masih bawak bekal. Kalau nak ikutkan malas bangun seawal jam 4 pagi dan malas nak masak, memang takde bekal tu. Jawabnya sarapan dan makan tengahari beli jelah, hadap je harga makanan yang semakin mahal tu. Tapi disebabkan fikir nak jimat dan Mas pun amalkan makanan sihat, kena ketepikan semua rasa malas dan penat tu. 

Macam hari ni Mas bawak bekal sarapan Sandwich Telur dan Epal Merah Hijau, pastu makan tengahari Mas hanya masak Ikan Bakar dan Terung Bakar. Nasi memang malas nak masak sebab Mas makan segenggam je pun, jadi baik beli je. Waktu rehat Mas turun ke cafe untuk beli nasi, ambil jugak Ulam Raja dan 2 ketul kentang. Sekali bila nak bayar terkesima terkedu dan terkejut dengan harganya!


Haaaaa korang tahu berapa harga ni? RM2, hahahaa jangan harap nak dapat harga camtu. Sesenduk nasi campur ulam dan kentang 2 potong tu harganya RM4 ye, diulangi RM4. Fuhhh macam harga makanan kat hotel 5 bintang je. Sangat tak patut bagi Mas, kalau RM2.50 atau RM3 Mas masih boleh terima lagi. Bila dah cecah RM4, sangat tak boleh terima dek akal!

Nasib Mas bawak bekal lauk dan sayur, kalau beli jugak mau RM10 kot. Sebab harga camnilah Mas sanggup bawak bekal, biarlah yang ringkas je. Janji dapat berjimat dan tak ditindas dengan harga mahal camtu! Jangan salah faham ye, Mas bukan nak kondem taukeh cafe tu. Tapi tak salah kalau dia jual dengan berpatutan, takdelah kita pelanggan rasa terkesan sangat. Kalau kat 10 pelanggan dia buat camtu, memang cepat kayalah.

Jadi kalau korang tak nak kena macam Mas ni lebih baiklah bawak bekal, lebih jimat. Mas tahu peniaga ni pun terkesan dengan harga minyak yang makin naik dan harga bahan mentah yang makin mahal, tapi seeloknya jangan dia jual dengan harga yang ikut sesedap hati je. Fikirkan pelanggan jugak!

3 ulasan:

  1. jimat lagi kan bawa bekal.. cekik darah betul seller ni. huhu

    BalasPadam
  2. Mahal sgt tuuu. ..!!
    Kos living memang tinggi sekarang ni. .. Nak tak nak memang kena hadap. Bawak bekal solusi terbaik.

    BalasPadam
  3. memang mahal kak.. lisa ambek nasi seperuh pun kira penuh... sayur and sambal tempe goreng je pun dia kira rm5! huhu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com